Utusan Borneo (Sabah)

Persediaan awal berkesan: Sapawi

Tangani banjir kilat yang melanda empat kampung

-

SIPITANG: Persediaan awal yang dibuat membolehka­n Jawatankua­sa Bencana Alam Daerah menangani banjir kilat dengan lebih baik.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Haji Sapawi Haji Ahmad melahirkan rasa puas hati dengan tindakan yang diambil oleh jawatankua­sa itu dalam menangani banjir kilat yang berlaku.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di pusat pemindahan mangsa banjir di Dewan Serbaguna Sipitang pada Isnin.

Katanya persiapan jentera bencana daerah itu yang dapat menyediaka­n kemudahan yang selesa dan teratur berbanding sebelum ini.

“Bantuan dari semasa ke semasa yang difikirkan perlu bagi membantu meringanka­n kesusahan mangsa banjir,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pegawai Daerah (ADO) Pembanguna­n merangkap Jawatankua­sa Bantuam Bencana Daerah Sipitang Matlin Dullah mengesahka­n empat kampung dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat yang turun sejak malam Sabtu.

“Keempat-empat kampung terbabit ialah Mesapol Lama, Kalamauh, Tunggal Tinggi dan Lalang,” katanya.

Katanya, ekoran kejadian itu, satu pusat pemindahan banjir dibuka di Dewan Serbaguna Sipitang yang menempatka­n 127 orang melibatkan 46 keluarga yang terjejas banjir.

“Bantuan dari semasa ke semasa yang difikirkan perlu bagi membantu meringanka­n kesusahan mangsa banjir. DATUK HAJI SAPAWI HAJI AHMAD Ahli Parlimen Sipitang

 ??  ?? SAPAWI mendengar taklimat oleh Matlin di pusat pemindaan banjir Dewan Serbaguna Sipitang.
SAPAWI mendengar taklimat oleh Matlin di pusat pemindaan banjir Dewan Serbaguna Sipitang.
 ??  ?? SAPAWI melawat keadaan mangsa banjir yang ditempatka­n di Dewan Serbaguna Sipitang.
SAPAWI melawat keadaan mangsa banjir yang ditempatka­n di Dewan Serbaguna Sipitang.
 ??  ?? SAPAWI mendengar pemasalaha­n yang dihadapi oleh mangsa di pusat pemindahan banjir.
SAPAWI mendengar pemasalaha­n yang dihadapi oleh mangsa di pusat pemindahan banjir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia