Utusan Borneo (Sabah)

PPS Batu 4 masih menanti bantuan kemudahan asas

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Kira-kira 1,960 penghuni khemah Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Kg Hidayat Batu 4 Jalan Apas di sini, masih menantikan bantuan kemudahan asas disediakan.

Antara kemudahan terbabit termasukla­h bekalan air, elektrik dan tandas, untuk memudahkan rutin seharian mangsa yang kehilangan tempat tinggal berikutan kebakaran yang memusnahka­n lebih 200 rumah pada 18 hari lepas.

Mangsa, Asiah Ansang, 53, berkata semenjak mendidiami PPS, beliau terpaksa berulang-alik dari rumah adiknya ke khemah untuk mendapatka­n bekalan air bersih.

“Saya menggunaka­n lampu - bateri caj semula pada waktu malam,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo di PPS Kg Hidayat Batu 4 Jalan Apas, di sini pada Isnin.

Beliau berharap bantuan kemudahan asas terbabit akan segera disediakan, lebih-lebih sekarang mereka terpaksa bergantung harap dengan sumbangan air mineral orang ramai.

Ditanya faktor beliau enggan berpindah ke rumah adik-beradiknya yang lain, wanita itu berkata tidak mahu menyusahka­n keluarga adikberadi­knya dan lebih sanggup tinggal di khemah yang ada.

“Lagipun, Jabatan Kebajikan Masyarakat ada menyediaka­n bantuan dapur gas untuk kemudahan kita memasak sendiri,” katanya.

Bagaimanap­un, beliau akui setiap kali hujan lebat berlaku, dia terpaksa juga tumpang bermalam di rumah adiknya kerana khemah mereka akan becak akibat dimasuki air hujan.

Presiden Majlis Perbandara­n Tawau (MPT) Alijus Sipil berkata satu mesyuarat untuk membincang­kan kemudahan asas kepada para penghuni PPS diadakan pada Isnin.

“Terdapat syarikat milik individu yang bersetuju untuk menyumbang tenaga pekerja dan bahan yang diperlukan untuk menyediaka­n kemudahan asas berkenaan.

“Perkara ini perlu diperincik­an supaya dapat dipastikan dibina sebanyak mungkin untuk menampung keperluan penghuni PPS sebagaiman­a di PPS Batu 2 Jalan Apas,” katanya.

Alijus berkata kemudahan itu juga akan diselarask­an dengan Majlis Keselamata­n Negara (MKN) kerana kawasan penempatan di Batu 4 Jalan Apas terletak di bawah kuasa MKN.

 ??  ?? ASIAH berehat di dalam khemahnya di PPS Kg Hidayat Batu 4 Jalan Apas dan berharap bantuan kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik dan tandas akan segera disediakan.
ASIAH berehat di dalam khemahnya di PPS Kg Hidayat Batu 4 Jalan Apas dan berharap bantuan kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik dan tandas akan segera disediakan.
 ??  ?? RATU CANTIK...Evelyn Vencent (tengah) muncul johan acara Mitarab Gimpuhut Momogun (MGM) Pesta Magahau Zon Kota Marudu 2017 yang berlangsun­g di Pentas Terbuka Kg Bintoson Darat pada Ahad.
Evelyn memenangi piala dan hadiah wang tunai RM500. Naib johan...
RATU CANTIK...Evelyn Vencent (tengah) muncul johan acara Mitarab Gimpuhut Momogun (MGM) Pesta Magahau Zon Kota Marudu 2017 yang berlangsun­g di Pentas Terbuka Kg Bintoson Darat pada Ahad. Evelyn memenangi piala dan hadiah wang tunai RM500. Naib johan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia