Utusan Borneo (Sabah)

Majlis Rumah Terbuka Raya Bank Rakyat Keningau meriah

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri di daerah ini begitu terasa melalui majlis-majlis rumah terbuka yang diadakan.

Rakyat pelbagai kaum dan agama terus bersama-sama meraikan perayaan ini.

Pengurusan Bank Rakyat yang diketuai oleh Pengurus Cawangan Abdul Aziz Zainoldin turut mengadakan majlis rumah terbuka di premis bank itu di sini.

Lebih 1,000 pelanggann­ya termasuk masyarakat kaum Tionghua, ahli perniagaan, ketua jabatan kerajaan, pemimpin politik dan pemimpin masyarakat telah menghadiri majlis itu.

Antara yang hadir ialah Ketua Polis Daerah Deputi Superinten­dan Ahmad Jawila, Pengarah Hospital Keningau Dr Ridzuan Hashim, Ketua Daerah OKK Mohd Amir Arif, Pengerusi Dewan Perniagaan Tionghua Keningau Raymond Koh, Ketua Penguatkua­sa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Gunasegara­n A/L Krishnan, Penolong Pegawai Pembanguna­n Daerah Yamin Karinong, Kapitan Peter Ma dan Kapitan Frankie Cheong.

Abdul Aziz melahirkan terima kasih kepada seluruh pelanggan bank itu yang datang daripada seluruh Pedalaman Atas yang banyak menyokong bank itu selama ini.

Beliau juga menyifatka­n sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini amat meriah walaupun umat Islam merayakann­ya secara sederhana sahaja.

“Saya yakin melalui majlismajl­is rumah terbuka Hari Raya yang dianjurkan oleh pemimpin, agensi kerajaan dan institusi kewangan serta masyarakat di kampungkam­pung dapat mengeratka­n lagi tali silaturahi­m dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama di negeri ini, khususnya di daerah ini,” katanya.

Abdul Aziz dan seluruh pengurusan Bank Rakyat Cawangan Keningau mengucapka­n Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh pelanggan institusi kewangan itu di mana sahaja berada.

 ??  ?? ABDUL Aziz (berdiri tengah) bergambar bersama tetamunya yang terdiri pelbagai kaum. Turut kelihatan Amir (enam kanan), Gunasegara­n (lima kanan) Raymond (empat kanan) Peter (enam kiri) dan Frankie (kiri).
ABDUL Aziz (berdiri tengah) bergambar bersama tetamunya yang terdiri pelbagai kaum. Turut kelihatan Amir (enam kanan), Gunasegara­n (lima kanan) Raymond (empat kanan) Peter (enam kiri) dan Frankie (kiri).
 ??  ?? ABDUL Aziz (tengah) bergambar bersama dengan para tetamunya terdiri pegawai kerajaan dan masyarakat peniaga kaum Tionghua.
(gambar bawah) PARA tetamu yang hadir pada majlis rumah terbuka Bank Rakyat bergambar kenangan bersama Abdul Aziz (dua kiri)....
ABDUL Aziz (tengah) bergambar bersama dengan para tetamunya terdiri pegawai kerajaan dan masyarakat peniaga kaum Tionghua. (gambar bawah) PARA tetamu yang hadir pada majlis rumah terbuka Bank Rakyat bergambar kenangan bersama Abdul Aziz (dua kiri)....
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia