Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki didakwa lima pertuduhan menipu

Berhubung pengurusan jual beli rumah, pemasangan penyaman udara

-

KOTAKINABA­LU: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin, atas lima pertuduhan menipu berkaitan dengan pengurusan jual beli rumah dan pemasangan penyaman udara.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menetapkan pada 22 hingga 29 Ogos sebagai tarikh perbicaraa­n terhadap Chong Seng Fui, 35, yang mengekalka­n pengakuan tidak bersalah.

Pertama, tertuduh menipu seorang lelaki boleh menguruska­n pemasangan penyaman udara dan katil di rumah abang mangsa, sehingga mendorongn­ya menyerahka­n wang sebanyak RM22,000 kepada tertuduh.

Kesalahan itu dilakukan pada 14 Mac jam 5.30 petang, di Lot 12, Wisma Perindustr­ian, Jalan Istiadat, di sini.

Kedua, pada 6 Disember tahun lalu di Likas, di sini, tertuduh menipu seorang wanita boleh mempercepa­tkan urusan jual beli rumah di Taman Sinar Jaya Diri, Tuaran.

Akibat terpedaya, mangsa memasukkan wang sebanyak RM10,120 ke dalam akaun Public Bank milik tertuduh.

Ketiga dan keempat, tertuduh memperdaya­kan seorang lelaki sehingga percaya untuk membuat pembayaran penilaian rumah dan cukai setem.

Akibatnya mangsa memasukkan wang masingmasi­ng sebanyak RM500 dan RM4,000 ke dalam akaun Public Bank tertuduh, pada 1 dan 2 September tahun lalu di Public Bank Putatan.

Kelima, pada 5 September tahun lalu jam 4.59 petang di tempat sama, tertuduh menipu mangsa sama sehingga memasukkan wang sebanyak RM700 ke dalam akaunnya, untuk pembayaran peguam.

Atas semua kesalahan itu, Chong didakwa mengikut Seksyen420­KanunKesek­saan yang boleh dikenakan penjara minimum setahun dan maksimum sepuluh tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya sekali.

Peguam Goldam Hamid mewakili tertuduh dan Pegawai Pendakwa Insp Rasydan Jasni bertindak untuk pendakwaan.

“Atas

semua kesalahan itu, Chong didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan penjara minimum setahun dan maksimum sepuluh tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya sekali.

 ??  ?? Oleh CLARICE USOP
Oleh CLARICE USOP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia