Utusan Borneo (Sabah)

Dipenjara 16 bulan kerana membantu lupuskan harta curi

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang membantu melupuskan harta curi, dikenakan penjara 16 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menjatuhka­n hukuman itu terhadap Sharizal Durasim selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara sehingga tempoh tujuh tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya sekali.

Tertuduh membeli sebuah mesin basuh jenama Panasonic yang diketahui sebagai harta curi, pada 9 Julai jam 5.08 petang, di sebuah rumah, Kampung Tebobon, Sepanggar.

Mengikut fakta kes, pada hari sama apabila pengadu ke belakang rumah, beliau mendapati pakaian berselerak dan melihat dawai pagar dipotong.

Pengadu menyedari mesin basuh hilang dipercayai dicuri dan sejurus itu pergi membuat laporan polis untuk siasatan dan tindakan selanjutny­a.

Pada 11 Julai kirakira jam 7 malam, pihak polis menahan seorang lelaki (tertuduh) yang dipercayai terlibat dalam kes terbabit.

Setelah disoal siasat, tertuduh mengaku membeli mesin basuh berkenaan yang diketahuin­ya sebagai harta curi daripada dua lelaki yang dikenaliny­a.

Ketika rayuan, Sharizal meminta hukumannya diringanka­n kerana mempunyai dua anak yang masih bersekolah dan isterinya sedang sarat mengandung. Mahkamah memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap dan barang kes dikembalik­an kepada pemilik asal.

Di Alor Setar, seorang pekerja pendawaian dipenjara 30 bulan oleh Mahkamah Tinggi pada Isnin atas kesalahan menyeludup dua migran warga Myanmar, Disember tahun lalu.

Rohaizam Ramli, 27, dikenakan hukuman itu selepas dia mengaku bersalahke­tikapertud­uhan pilihan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Hashim Hamzah.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh menjalanka­n penyeludup­an migran ke atas Min Nyut, 33, dan Min Win Hilaing, 27, di KM 1.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, Bukit Kayu Hitam pada 7 Dis tahun lalu, jam 8.45 pagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia