Utusan Borneo (Sabah)

Pemandu didakwa pecah amanah melibatkan makanan sejuk beku

-

KOTA KINABALU: Seorang pemandu mengaku tidak bersalahdi­MahkamahMa­jistert di sini, atas pertuduhan pecah amanah melibatkan makanan sejuk beku bernilai RM1,385, 69.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menetapkan pada 21 Ogos sebagai pengurusan kes terhadap Mohd Nor Nordin, 63, yang didakwa mengikut Seksyen 407 Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntuk­kan sekiranya disabitkan bersalah, penjara minimum setahun dan maksimum sepuluh tahun dan dengan sebat, atau denda.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang diamanahka­n makanan sejuk beku berkenaan melakukan kesalahan itu pada 14 Jun lalu antara jam 8 pagi hingga jam 10 pagi, di pasar besar Keningau, di daerah Keningau.

Sementara menunggu kes berkenaan selesai, mahkamah membenarka­n tertuduh diberikan ikat jamin sebanyak RM3,000 deposit RM2,500 yang dicagarkan dua penjamin tempatan.

Peguam P.J Perira bertindak untuk Mohd Nor.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki dan wanita didendaata­skesalahan­memiliki dadah yang mana disabitkan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Abdul Razak Hussin dan Martina Kho masing-masing didenda sebanyak RM2,300 dan RM4,000 selepas mengaku bersalah, sekiranya mereka gagal bayar penjara lapan bulan dikenakan.

Pada 8 April jam 5.50 petang di Taman Jumbo, Putatan, Abdul Razak didapati memiliki 0.07 gram syabu.

Manakala Martina memiliki dadah seberat 0.57 gram, pada 16 Mac jam 11.30 pagi, di sini.

Hukuman yang boleh dikenakan denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tempoh lima tahun, jika sabit kesalahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia