Utusan Borneo (Sabah)

Syukuri keamanan serta kemajuan dikecapi Malaysia

-

PAPAR: Rakyat negara ini diingatkan supaya sentiasa mensyukuri nikmat keamanan dan kesejahter­aan yang dikecapi kerana Malaysia jauh lebih baik berbanding negara lain.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata, rakyat berbilang kaum di Malaysia bukan saja menikmati kemajuan dan pembanguna­n, malah dapat duduk bersamasam­a dalam suasana harmoni tanpa persengket­aan.

Katanya, beliau banyak melawat beberapa negara dan dapat membanding­kan betapa bertuahnya rakyat negara ini.

“Ada negara yang rakyatnya dihimpit kemiskinan, ada negara yang bergolak akibat persengket­aan yang menyebabka­n rakyat hidup dalam keadaan serba kekurangan dari segi makanan dan ubat-ubatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Jalinan Mesra Aidilfitri­diKampungK­abang di sini, malam Sabtu. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bongawan Datuk Mohamad Alamin.

Anifah yang juga Ahli Parlimen Kimanis berkata, rakyat negara ini bertuah kerana dapat duduk bersama walaupun berlainan kaum dan agama, kerana adanya semangat toleransi yang kuat antara satu sama lain.

Sambil menghargai penganjura­n program itu, beliau berkata rakyat wajar bersamasam­a mempertaha­nkan keharmonia­n itu sampai bila-bila.

Beliau berkata rakyat harus bersyukur dengan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan pimpinan Barisan Nasional (BN) kerana dapat terus mengekalka­n keharmonia­n dan kemajuan yang dinikmati rakyat pada hari ini.

Katanya, pada masa ini pergeseran yang berlaku di negara-negara Arab serta insiden terbaharu di Marawi, Filipina, turut membimbang­kan kerana khuatir tempiasnya terkena pada negara ini.

Justeru, katanya, kerajaan sentiasa berjaga-jaga dan mengambil pelbagai langkah untuk memastikan pergeseran itu tidak menjejaska­n Malaysia.

 ??  ?? SALAH seorang pengunjung bertuah menerima hadiah cabutan bertuah yang disampaika­n oleh Anifah.
SALAH seorang pengunjung bertuah menerima hadiah cabutan bertuah yang disampaika­n oleh Anifah.
 ??  ?? ANIFAH serta tetamu kehormat yang lain dihiburkan dengan rangkaian persembaha­n.
ANIFAH serta tetamu kehormat yang lain dihiburkan dengan rangkaian persembaha­n.
 ??  ?? SEBAHAGIAN yang hadir menyambut ketibaan Anifah di majlis berkenaan.
SEBAHAGIAN yang hadir menyambut ketibaan Anifah di majlis berkenaan.
 ??  ?? ANIFAH menyampaik­an sumbangan kepada warga emas.
ANIFAH menyampaik­an sumbangan kepada warga emas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia