Utusan Borneo (Sabah)

Berhemah, jangan khianati parti

Peringatan Anifah kepada ahli Umno semua peringkat dalam berhadapan PRU-14

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

MEMBAKUT: Semua ahli Umno diingatkan supaya terus memperkuku­h kesatuan sambil menghayati makna perjuangan untuk masa depan, dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada bila-bila masa.

Ketika memberi peringatan itu, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman mengajak ahli Umno supaya menjaga parti dengan berkempen secara berhemah apabila berhadapan PRU14 nanti, termasuk tidak melakukan serangan peribadi.

Beliau juga mengingatk­an ahli Umno supaya jangan mengkhiana­ti parti demi memastikan Barisan Nasional (BN) dan Umno kekal menerajui pemerintah­an.

“Kita mesti ikhlas untuk memenangka­n calon-calon BN kelak. Kita kena ingat bahawa perjuangan kita bukan untuk hari ini saja, tapi untuk masa depan generasi kita,” katanya berucap merasmikan persidanga­n tahunan Pergerakan Puteri Umno Kimanis di sini pada Ahad.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Membakut merangkap Timbalan Ketua Umno Bahagian Kimanis Datuk Ariffin Arif; Adun Bongawan merangkap Naib Ketua Umno Bahagian Kimanis Datuk Mohamad Hj Alamin; KetuaPuter­iUmnoBahag­ian Kimanis Saudah Sarzaman; dan Ketua Puteri Umno Sipitang Suzie Hamat selaku wakil Puteri Umno Negeri Sabah.

Anifah yang juga Ahli Parlimen Kimanis dan Ketua Umno Bahagian Kimanis berkata kempen secara berhemah penting dipraktikk­an bagi menjaga imej dan nama baik parti yang ikhlas berjuang untuk rakyat.

Katanya, budaya menyerang dan memburukbu­rukkan peribadi seseorang adalah amalan pembangkan­g dan ia tidak harus menjadi ikutan ahli Umno.

Pada masa sama, katanya, perjuangan parti hendaklah diutamakan dan jangan dikhianati sama sekali.

Beliau berkata ahli parti yang terikut-ikut rentak pembangkan­g sehingga lupa matlamat perjuangan Umno menunjukka­n mereka hanya mementingk­an perjuangan peribadi dan bukan parti.

“Ahli parti harus ikhlas dan taat setia terhadap parti supaya Umno kekal relevan. Ini termasukla­h menghayati lirik-lirik lagu perjuangan parti kita,” katanya sambil menegaskan parti hendaklah diletakkan mengatasi kepentinga­n diri.

Menurutnya, ketaatseti­aan dalam perjuangan dapat memastikan agenda perjuangan membela rakyat diteruskan, justeru berharap Jalinan Rakyat (JR) Umno memainkan peranan penting mendekati akar-umbi.

Katanya, kerajaan sentiasa mengambil kira kepentinga­n serta kebajikan rakyat, dan sebab itu program dialog Trasnforma­si Nasional (TN) 2050 dilaksanak­an untuk mendapatka­n maklum balas daripada akar-umbi.

“Kalau dahulu pendekatan­nya dari atas ke bawah, tapi kini pimpinan kerajaaan kita mendengar denyut nadi rakyat dari bawah ke atas menerusi TN50,” katanya.

Kita mesti ikhlas untuk memenangka­n calon-calon BN kelak. Kita kena ingat bahawa perjuangan kita bukan untuk hari ini saja, tapi untuk masa depan generasi kita. DATUK SERI ANIFAH AMAN Menteri Luar

 ??  ?? ANIFAH bersama tetamu kehormat yang lain memotong kek sebagai simbolik perasmian mesyuarat itu.
ANIFAH bersama tetamu kehormat yang lain memotong kek sebagai simbolik perasmian mesyuarat itu.
 ??  ?? ANIFAH bersama ahli Umno yang lain melaungkan ‘Hidup Umno’.
ANIFAH bersama ahli Umno yang lain melaungkan ‘Hidup Umno’.
 ??  ?? SAUDAH menyampaik­an cendera kenangan kepada Anifah.
SAUDAH menyampaik­an cendera kenangan kepada Anifah.
 ??  ?? SEBAHAGIAN ahli Umno yang hadir.
SEBAHAGIAN ahli Umno yang hadir.
 ??  ?? ANIFAH berucap pada mesyuarat berkenaan.
ANIFAH berucap pada mesyuarat berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia