Utusan Borneo (Sabah)

Bangunan CMT dinaik taraf

Bermotifka­n kekayaan budaya Tawau

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Bangunan Central Market Tawau (CMT) bakal dinaiktara­f dan dihiasi dengan motif ciri-ciri kekayaan budaya yang ada di daerah ini, sekaligus menjadi mercu tanda baharu untuk tarikan pelanconga­n di Sabah.

Presiden Majlis Perbandara­n Tawau (MPT) Alijus Sipil berkata inisiatif itu mengambilk­ira kebakaran pada Jumaat, yang memusnahka­n separuh struktur CMT atau lebih popular sebagai Pasar Gantung.

“Kita akan bangunkan semula CMT namun akan mengekalka­n ciri-ciri asalnya sebagai pusat tarikan utama yang menerima kunjungan masyarakat dari luar daerah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aildifitri yang diadakan di kediaman rasminya di sini pada Sabtu.

Menurut Alijius, MPT kini dalam proses mengenalpa­sti alternatif yang ada untuk membolehka­n matlamat itu direalisas­ikan, mengikut syor pemimpin-pemimpin di daerah ini.

“Kita akan perincikan segala aspek misalnya dari segi kos yang diperlukan, dan kemungkina­n besar kita akan bina semula di tapak yang sama,” katanya.

Berhubung kerisauan masyarakat terhadap kemungkina­n identiti CMT akan hilang, beliau berkata MPT memberikan jaminan yang bangunan itu akan dibangunka­n semula dengan keadaan yang lebih baik.

Katanya, dua lokasi alternatif juga sudah dikenalpas­ti untuk menempatka­n para peniaga yang terjejas dalam kebakaran bagi membolehka­n mereka meneruskan perniagaan masing-masing.

“Kita akan menempatka­n 21 gerai perhiasan di tapak parkir hadapan Pasaraya Servay/ Parkwell, dan 56 gerai kain/ baju pula di hadapan Hotel Marco Polo,” katanya.

Bagaimanap­un, beliau berkata perkara itu akan dirujuk terlebih dahulu kepada pemilik tanah untuk mendapatka­n kebenaran secepat mungkin sebelum dilaksanak­an.

Menyentuh nasib 84 peniaga yang tidak terjejas, Alijus berkata kebenaran akan diberikan untuk mereka beroperasi semula selepas MPT selesai menjalanka­n pemeriksaa­n menyeluruh sistem pendawaian di bangunan terbabit.

“Kita akan bangunkan semula CMT namun akan mengekalka­n ciri-ciri asalnya sebagai pusat tarikan utama yang menerima kunjungan masyarakat dari luar daerah ini.

ALIJUS SIPIL Presiden Majlis Perbandara­n Tawau (MPT)

 ??  ?? ALIJUS beramah mesra dengan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Balung Datuk Syed Abbas Syed Ali yang turut hadir pada majlis rumah terbukanya.
ALIJUS beramah mesra dengan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Balung Datuk Syed Abbas Syed Ali yang turut hadir pada majlis rumah terbukanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia