Utusan Borneo (Sabah)

Kerjasama PIBG, sekolah tingkat pencapaian pelajar

-

LAHAD DATU: Kerjasama erat antara Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pihak sekolah dapat meningkatk­an pencapaian akademik pelajar di sesebuah sekolah.

Ketua Wanita Umno Bahagian Silam Mizma Appedullah berkata PIBG yang mewakili suara ibu bapa turut mempunyai peranan sejajar Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

“Melalui PIBG banyak program serta aktiviti boleh disusun bagi mengatasi kekurangan yang ada termasuk memohon kemudahan asas yang masih diperlukan pihak sekolah.

“Sekolah tentunya bertuah kerana memiliki kepimpinan PIBG yang dapat berganding bahu setiap masa serta bersedia untuk menjalanka­n aktiviti termasuk mengumpul dana,” katanya.

Beliau berkata pada Majlis Sambutan Hari Guru dan Hari Raya warga SMK Terusan di sini pada Isnin.

Turut hadir, Pengerusi PIBG SMK Terusan Matlin A Mutalib, guru-guru, ibu bapa dan pelajar.

Mizma berkata warga pendidik terutama guru di sekolah kebangsaan punyai peluanglua­sbagimengg­erakkan hala tuju sistem pendidikan negara lebih inovatif dalam aspek alat bantuan mengajar.

Jelasnya guru-guru yang mengajar di bandar berdepan cabaran berbeza serta perlu bijak mengambil peluang yang lebih kreatif dan berinovasi dalam pengajaran di sekolah.

Katanya, hasrat kerajaan melalui Transforma­si Nasional 2050 (TN50) merupakan langkah ke hadapan yang tepat untuk mendepani keadaan dan pembanguna­n sosial negara yang begitu dekat dengan dunia pendidikan.

“Hal ini disebabkan generasi era kini datangnya daripada murid-murid yang berada di bangku sekolah sekarang yang akan mencorak negara tahun 2050,” katanya.

Pada majlis itu, Mizma menyampaik­an anugerah Guru Terbaik dan pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta penyampaia­n Wang Bantuan Awal Persekolah­an RM100.

Beliau turut menyampaik­an sumbangan RM10,000 daripada Tabung Pendidikan Anak-anak Silam Pergerakan Wanita Umno Silam kepada SMK Terusan.

 ??  ?? MIZMA menyampaik­an sumbangan RM10,000 kepada SMK Terusan Lahad Datu.
MIZMA menyampaik­an sumbangan RM10,000 kepada SMK Terusan Lahad Datu.
 ??  ?? ANUGERAH Pelajar Terbaik SPM.
ANUGERAH Pelajar Terbaik SPM.
 ??  ?? ANUGERAH Guru Terbaik.
ANUGERAH Guru Terbaik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia