Utusan Borneo (Sabah)

KPT perlu revolusi teknologi

Untuk capai pendidikan berkualiti dengan kos rendah

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) perlu melaksanak­an revolusi teknologi seiring peredaran masa bagi mencapai pendidikan baharu yang berkualiti dengan kos yang jauh lebih rendah.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching berkata usaha itu bagi melengkapk­an tiga aspek utama yang menjadi cabaran kepada KPT seiring era globalisas­i kini.

“KPT perlu mencapai tiga matlamat secara serentak iaitu memperluas akses, mencapai pendidikan tinggi yang berkualiti serta penggunaan kos yang lebih rendah.

“Hal ini kerana, gelombang teknologi kini sudah mengubah paradigma pendidikan yang memerlukan kita mencapai akses yang meluas melalui revolusi teknologi pendidikan agar orang ramai juga mendapat manfaatnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis ‘Re-Union’ Alumni Asia e University (AeU), di sini petang Ahad.

Jelas Mary, globalisas­i teknologi yang berlaku di seluruh dunia kini perlu digunakan sebaik mungkin bagi menghasilk­an modal insan yang mampu membawa perubahan pendidikan melalui pengetahua­n atau kemahiran baharu.

Sebagai contoh, AeU yang sudah mencapai revolusi teknologi mengunakan capaian akses yang lebih luas dengan kos rendah melalui pra pelancaran ‘My Personaliz­e Learning Space’ (myPLS5.0) pada majlis berkenaan.

Katanya, MyPLS5.0 yang sudah dilaksanak­an sejak 2007 dan kini mengalami revolusi versi kelima itu adalah satu teknologi atas talian yang memudahkan urusan pembelajar­an dan pengajaran (p&p) pelajar AeU.

Justeru, beliau berharap warga AeU akan terus memainkan penting dalam menyediaka­n ruang buat rakyat Malaysia ke arah ekonomi pada masa hadapan.

“AeU juga mesti menghasilk­an modal insan baharu yang menyediaka­n pendidikan kepada pelajar di setiap negara Asia bahkan di seluruh dunia.

“Jadi, setiap individu perlu memainkan peranan dengan menunjukka­n kepakaran masing-masing dalam membantu menguatkan rangkaian universiti ini,” jelasnya.

Selain itu, beliau turut berbangga kerana AeU berjaya menghasilk­an graduan dan Alumni yang cemerlang sehingga universiti itu terkenal sebagai universiti terkemuka di asia.

Hadir sama ialah Naib Presiden Akademi AeU Profesor Mak Chai dan Dekan dan Pengurus Kanan merangkap Duta AeU Datuk Fazley Yaakob.

“Gelombang

teknologi kini sudah mengubah paradigma pendidikan yang memerlukan kita mencapai akses yang meluas melalui revolusi teknologi pendidikan agar orang ramai juga mendapat manfaatnya. DATUK MARY YAP KAIN CHING Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi

 ??  ?? MAK (empat kiri) menyampaik­an sijil perakuan pelantikan kepada Fazley sebagai duta rasmi AeU sambil diperhatik­an Mary (tengah) serta kakitangan AeU.
MAK (empat kiri) menyampaik­an sijil perakuan pelantikan kepada Fazley sebagai duta rasmi AeU sambil diperhatik­an Mary (tengah) serta kakitangan AeU.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia