Utusan Borneo (Sabah)

Pertanding­an mewarna kanak-kanak Keningau Mall semarakkan Aidilfitri

- Oleh JOHAN AZIZ

PUSAT membelibel­ah Keningau Mall menyemarak­kan suasana Hari Raya Aidilfitri dengan mengadakan pertanding­an mewarna kanak-kanak yang diadakan di bangunan itu.

Pertanding­an itu dibahagika­n kepada dua kategori iaitu kanak-kanak berumur 7 hingga 9 tahun dan kanak-kanak berumur 10 hingga 12 tahun yang terbuka kepada sekolahsek­olah rendah di kawasan Pedalaman Atas.

Dalam kategori kanakkanak 7 hingga 9 tahun, Rebecca Chong Tze Rou, 9, dari SJKC Chung Hwa Tenom muncul johan sementara naib johan dan tempat ketiga masingmasi­ng dimenangi oleh Carrie Chong Kah Kah, 8, dari SJKC Yuk Yin Keningau dan Brenda Wong Ka Yee, 9, dari SJKC Chung Hwa Tenom.

Pemenang saguhati terdiri Wong Ho Cheng, 7 (SJKC Yuk Yin), Joey Chong Ning Ning, 8 (SJKC Yuk Yin), Ho Yi Qi, 9 (SJKC Yuk Yin), Milton Lui Xuan Zheng, 9 (SJKC Yuk Yin) dan Johan Joe Johanis, 9 (SJKC Cheng Ming).

Daphne Emereld, 12, dari SJKC Yuk Yin muncul johan dalam kategori kanak-kanak 10-12 tahun. Naib johan dimenangi oleh Nichole Liew Shing Thong, 11, dari SJKC Yuk Yin sementara Chloe Chong Han Han, 10, dari SJKC Yuk Yin di tempat ketiga.

Lima pemenang saguhati terdiri Ilmi Madihah Mohd Yusman, 12, dari SJKC Ti Sin Tenom, Ilzam Marissa Mohd Yusman, 11 (SJKC Ti Sin), Nicholas Voo Zhen Jie, 11 (SJKC Yuk Kong), Izzni Maisarah Mohd Yusman, 10 (SJKC Ti Sin) dan Emmanuel Lee Nnuo, 12 (SJKC Yuk Kong).

Semua hadiah dan sijil penyertaan telah disampaika­n oleh Pengurus Keningau Mall Tracey Liew.

Pada majlis itu, Tracey turut menyampaik­an sumbangan kepada dua persatuan terdiri Persatuan Pesakit Thalassaem­ia Cawangan Keningau dan Persatuan Orang-Orang Pekak Keningau.

Sumbangan berupa wang berjumlah RM1,500 setiap satu diterima oleh wakil persatuan masingmasi­ng.

TRACEY

 ??  ?? (berdiri tengah, barisan belakang) bersama peserta kanak-kanak kategori 7 dan 9 tahun dan para pemenang.
(berdiri tengah, barisan belakang) bersama peserta kanak-kanak kategori 7 dan 9 tahun dan para pemenang.
 ??  ?? TRACEY (kanan) menyampaik­an sumbangan kepada wakil daripada Persatuan Pesakit Thalassaem­ia Cawangan Keningau.
TRACEY (kanan) menyampaik­an sumbangan kepada wakil daripada Persatuan Pesakit Thalassaem­ia Cawangan Keningau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia