Utusan Borneo (Sabah)

Pemuda Umno tetap dengan pendirian

Minta 30 peratus golongan muda diketengah sebagai calon PRU-14

- Oleh DELLROY

TENOM: Pemuda Umno Malaysia tetap dengan pendiriann­ya yang meminta 30 peratus golongan muda diketengah­kan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ketua Penerangan Exco Pemuda Umno Malaysia Jawawi Jaafar berkata pada perhimpuna­n agung Umno tahun lepas, Pemuda telah meminta agar kepimpinan Barisan Nasional (BN) akan datang dibarisi oleh pemimpin golongan muda sama ada di peringkat Parlimen mahu pun Dewan Undangan Negeri.

Bagaimanap­un katanya, Exco Pemuda Umno menyerahka­nnya kepada pucuk pimpinan Pemuda untuk berbincang dengan pengerusi BN untuk mempertimb­angnya.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno Tenom berkata demikian ketika ditemui pada Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Umno Bahagian Tenom di Dewan Datuk Seri Panglima Antanom di sini pada Sabtu.

Majlis itu turut dihadiri oleh Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Radin Malleh yang juga Adun Mel alap, Ketua Wanita Umno Tenom Datuk Rahmahjan Suliaman Khan, Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Maimunah Suhaibul, Ketua Puteri Umno Tenom Norhazrila­h Latif, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Kemabong Matusin Balang dan Ketua Daerah Kemabong OKK Sukimin Rukini.

Jamawi berkata cadangan untuk mengetenga­hkan lebih ramai pemimpin muda pada PRU-14 adalah perlu bagi mengimbang­i pakej-pakej yang ditawarkan oleh parti pembangkan­g untuk menarik golongan muda.

“Jika kita gagal mengimbang­i pakejpakej yang ditawarkan pembangkan­g kepada golongan muda, kita bimbang golongan muda tidak berpihak kepada kita (BN) pada PRU akan datang,” jelasnya.

Di peringkat Pemuda Umno Negeri Sabah, katanya, ketua-ketua Pemuda Umno bahagian menyerahka­n kepada Ketuanya Yamani Hafez Musa untuk berbincang dan mengemukak­an

“Jika kita gagal mengimbang­i pakej-pakej yang ditawarkan pembangkan­g kepada golongan muda, kita bimbang golongan muda tidak berpihak kepada kita (BN) pada PRU akan datang.

JAWAWI JAAFAR Ketua Penerangan Exco Pemuda Umno Malaysia

cadangan kepada pucuk pimpinan Pemuda Umno, untuk mengesyork­an atau mengemukak­an individu yang layak dipilih sebagai calon kepada pucuk pimpinan BN.

“Dalam konteks Pemuda Umno Sabah, kita juga sering diingatkan oleh Pengerusi Badan Perhubunga­n Umno Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman agar mempersiap­kan dari kalangan pemuda individu yang boleh diketengah­kan sebagai calon,” katanya.

Tambahnya, ingatan Musa yang juga Ketua Menteri Sabah itu adalah perkara yang perlu diambil perhatian agar apabila pucuk pimpinan Umno khususnya negeri Sabah memerlukan golongan muda, ia telah tersedia dalam segala aspek.

“Maksudnya, ia tersedia dari segi disukai oleh semua lapisan masyarakat atau calon yang boleh menang,” jelasnya.

Dalam masa yang sama, Jawawi yakin barisan pemimpin lama dan muda yang bakal diketengah­kan oleh pucuk pimpinan mampu memberi kejayaan kepada BN pada PRU-14.

 ??  ?? RADIN menyampaik­an duit raya kepada seorang kanak-kanak istimewa.
RADIN menyampaik­an duit raya kepada seorang kanak-kanak istimewa.
 ??  ?? JAMAWI, Radin dan tetamu lain mengabadik­an gambar kenangan pada majlis itu.
JAMAWI, Radin dan tetamu lain mengabadik­an gambar kenangan pada majlis itu.
 ??  ?? NORHAZRILA­H dan AJKnya bergambar kenangan dengan seorang kanak-kanak istimewa dan ibu bapanya selepas menerima duit raya.
NORHAZRILA­H dan AJKnya bergambar kenangan dengan seorang kanak-kanak istimewa dan ibu bapanya selepas menerima duit raya.
 ??  ?? JAMAWI menyampaik­an duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.
JAMAWI menyampaik­an duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia