Utusan Borneo (Sabah)

Perpaduan ahli di akar umbi tentukan kemenangan BN pada PRU

- Oleh YUSOP TEPPO

BELURAN: Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mahu kalangan ahli parti akar umbi dalam Umno dan Barisan Nasional (BN) mengeratka­n perpaduan bagi menentukan kemenangan parti menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Sehubungan itu, beliau menyeru ahli parti untuk mengelakka­n perpecahan yang boleh melemahkan parti dan akan membuka ruang kepada parti pembangkan­g.

Katanya kerjasama erat kalangan ahli membolehka­n mereka sama-sama melaksanak­an perjuangan parti khususnya menangkis dakyah pembangkan­g yang mahu mengeliruk­an rakyat.

“Perpaduan dan kerjasama erat ahli penting kepada perjuangan parti terutama dalam menentukan kemenangan pada PRU nanti,” katanya pada Majlis Bersama Rakyat sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kampung Sungai-Sungai Sugut pada Isnin.

Turut hadir, Ketua Wanita Umno Beluran Endang Datu Asibi dan Ketua Pemuda Umno Beluran Samad Jambri.

Pada masa sama, Ronald yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat berkata ia memerlukan setiap ahli parti diyakinkan tentang dasar-dasar dan pencapaian kerajaan dalam mensejahte­rakan rakyat di luar bandar.

Katanya kekuatan BN akan memberi manfaat kepada negeri ini dari segi ekonomi dan politik.

Beliau berkata dengan kekuatan BN itu, tumpuan dapat diberikan untuk menghadapi cabaran membangunk­an kawasan luar bandar.

Menurutnya kawasan luar bandar memerlukan lebih banyak peruntukan pembanguna­n dalam penyediaan lebih banyak kemudahan awam agar rakyat hidup lebih sejahtera dan meningkatk­an tahap sosio ekonomi rakyat.

Ronald berkata beliau ingin melihat tahun-tahun akan datang kemudahan elektrik, air bersih, jalan berturap, sekolah dan klinik diperluask­an di kawasan Parlimen Beluran.

RONALD

 ??  ?? menyampaik­an hamper kepada seorang penerima cabutan tiket bertuah.
menyampaik­an hamper kepada seorang penerima cabutan tiket bertuah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia