Utusan Borneo (Sabah)

Pupuk kesedaran alam sekitar

SK Uku Kukut anjur program Serasi

-

KOTA BELUD: Meskipun SK Ulu Kukut merupakan sebuah sekolah yang dikategori­kan sebagai SKM (sekolah kurang murid), namun sejak akhir-akhir ini ia menjadi tumpuan ramai apabila sekolah itu berjaya menganjurk­an pelbagai program yang dilihat sukar direalisas­ikan sebelum ini.

SK Ulu Kukut bertuah kerana Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Hj Kamarlin Ombi berkunjung ke sekolah itu untuk melancarka­n program Serasi (Sekolah Rakan Alam Sekitar) yang dilaksanak­an di situ.

Menurutnya, program Serasi bertujuan memperting­katkan kesedaran terhadap kepentinga­n memelihara dan memulihara alam sekitar di peringkat sekolah serta dapat memupuk sikap positif ibu bapa dan murid untuk mencintai alam sekitar.

Beliau berkata langkah SK Ulu Kukut berkolabor­asi dengan Jabatan Perlindung­an Alam Sekitar (JPAS) dan NGO adalah tepat kerana ia merupakan julung kalinya diadakan di Sabah pada peringkat sekolah rendah, malah dilihat sebagai model bagi sekolah rendah lain untuk mengadakan aktiviti serupa.

“Serasi adalah pendekatan menyeluruh yang melibatkan semua lapisan warga sekolah bersama keluarga, komuniti setempat, kerajaan, swasta dan NGO dalam mempengaru­hi warga sekolah khususnya dan masyarakat amnya ke arah kehidupan hijau dan lestari,” jelasnya.

Kamarlin memberi contoh bahawa aktiviti pemburuan haiwan liar di beberapa kawasan di bahagian pedalaman Sabah sukar dibanteras sebelum ini, kerana membabitka­n sentimen orang kampung yang berhadapan soal sosio budaya dan kemiskinan.

Bagaimanap­un, pihaknya membuat pendekatan bijak apabila melantik para pelajar sekolah untuk menjadi ‘warden’ kementeria­n bagi membendung aktiviti itu, dengan cara memberi pendidikan dan kefahaman terlebih dahulu tentang keburukan aktiviti sedemikian kepada mereka.

“Ternyata, amalan pemburuan berkuranga­n.

DATUK HJ KAMARLIN OMBI

Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Ini kerana, antara pelaku Apatah lagi, bukan senang kegiatan itu mungkin untuk menghadirk­an merupakan keluarga pelajar seorang pembantu menteri yang kami jadikan warden ke sekolah terpencil seperti itu, dan saya yakin pelajar sekolahnya yang begitu jauh terlibat berjaya memainkan dari Kota Kinabalu. peranan yang mereka pikul Menurut Norawi, dengan penuh dedikasi. kesanggupa­n Kamarlin

“Justeru, usaha pihak untuk turun padang adalah sekolahdan­PIBGmenjad­ikan penanda aras betapa para sekolah ini sebagai ‘sekolah pemimpin kerajaan negeri dalam taman’ sangat tepat amat prihatin terhadap dan saya amat hargai. Saya tanggungja­wab yang difahamkan pihak sekolah diamanahka­n pada bahu dan PIBG menggunaka­n masing-masing. dana sendiri untuk Oleh itu, katanya, sekolah merealisas­ikannya sematamata lain sepatutnya mengambil kerana kecintaan peluang untuk berkolabor­asi mereka terhadap alam dengan JPAS dan NGO sekitar,” tambahnya. bagi mengadakan programpro­gram

Kehadiran Kamarlin pada berkaitan demi hari itu membawa sebesarbes­ar memperkasa­kan mutu pengertian bagi Guru kecemerlan­gan sekolah dari Besar SK Ulu Kukut Norawi segi pendidikan, sahsiah dan Hj Kata. alam sekitar.

“Program Serasi adalah titik permulaan bagi SK Ulu Kukut sebagai kempen menyampaik­an mesej kepada murid-murid yang bakal menjadi pemimpin dan pelapis generasi akan datang sejajar dengan falsafah pendidikan kebangsaan.

“Dalam masa yang sama, kehadiran pembantu menteri ini jelas menjadi satu motivasi kepada penduduk sekitar sini khususnya para pelajar untuk terus menghargai keindahan alam sekitar yang ada, kerana saya percaya Ulu Kukut masih mengekalka­n kehijauan alamnya,” katanya.

Turut hadir di program itu ialah Pengarah JPAS Mohd Yusrie Abdullah, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud Abd Bahkrin Mohd Yusof dan Presiden Pertubuhan Gerakan Masyarakat Prihatin Sabah (GMP) Japlin Asrakal.

Dalam program itu juga, Kamarlin sempat melawat beberapa lot taman yang diusahakan oleh warga SK Ulu Kukut seperti Taman Kelulut, Taman Anggerik dan Taman Hidupan Liar yang masih dalam peringkat terakhir untuk disiapkan.

“Serasi

adalah pendekatan menyeluruh yang melibatkan semua lapisan warga sekolah bersama keluarga, komuniti setempat, kerajaan, swasta dan NGO dalam mempengaru­hi warga sekolah khususnya dan masyarakat amnya ke arah kehidupan hijau dan lestari.

 ??  ?? NORAWI (tiga dari kiri) menjelaska­n sesuatu mengenai replika penyu kepada Kamarlin (dua dari kanan) dan tetamu program itu.
NORAWI (tiga dari kiri) menjelaska­n sesuatu mengenai replika penyu kepada Kamarlin (dua dari kanan) dan tetamu program itu.
 ??  ?? PELAJAR SK Ulu Kukut mengambil bahagian dalam kuiz.
PELAJAR SK Ulu Kukut mengambil bahagian dalam kuiz.
 ??  ?? KAMARLIN menurunkan tandatanga­n pada kain rentang Serasi sebagai gimik pelancaran.
KAMARLIN menurunkan tandatanga­n pada kain rentang Serasi sebagai gimik pelancaran.
 ??  ?? JAPLIN menerima sijil penghargaa­n daripada Kamarlin.
JAPLIN menerima sijil penghargaa­n daripada Kamarlin.
 ??  ?? JAPLIN (kiri), Norawi (kanan) dan Mohd Yusrie (dua dari kanan) mengambil peluang bergambar bersama Kamarlin.
JAPLIN (kiri), Norawi (kanan) dan Mohd Yusrie (dua dari kanan) mengambil peluang bergambar bersama Kamarlin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia