Utusan Borneo (Sabah)

Restoran Cherry perkenal menu baharu

Sesuai untuk mereka yang ingin mengadakan majlis kecil-kecilan

- Oleh YAP SIONG HAN

Restoran Cherry adalah satu-satunya premis makanan Cina yang menyediaka­n suasana yang selesa dengan kelengkapa­n penghawa dingin serta tempat letak kenderaan percuma di tingkat bawah restoran.

KOTA KINABALU: Restoran Cherry akan memperkena­lkan menu istimewa iaitu Cherry’s Seafood Poon Choi khas untuk bulan Ogos dan September 2017 sahaja.

Pengurus Pemasaran dan Promosi Jesselton Team Sdn Bhd Telcadora James berkata menu istimewa itu sesuai untuk mereka yang ingin mengadakan majlis secara kecil-kecilan.

“Hidangan ini disediakan oleh Chef Chung Shau Shyong iaitu seorang chef tempatan yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam bidang kulinari.

“Satu set Seafood Poon Choi berharga RM488++ sesuai dihidangka­n kepada pelanggan seramai enam sehingga tujuh orang,” katanya kepada pemberita pada majlis memperkena­lkan menu baharu Restoran Cherry, petang Isnin.

Beliau berkata Restoran Cherry adalah satu-satunya premis makanan Cina yang menyediaka­n suasana yang selesa dengan kelengkapa­n penghawa dingin serta tempat letak kenderaan percuma di tingkat bawah restoran itu di Inanam.

Katanya, restoran itu juga popular dengan pilihan pelbagai makanan lain boleh dipilih mengikut kemahuan pelanggan ketika mengadakan acara dalam dewan makan yang sedia ada.

“Dewan makan ini boleh memuatkan sejumlah 200 sehingga 220 pelanggan pada satu-satu masa,” katanya.

Selain itu katanya, restoran itu juga mengadakan promosi hidangan khas pakej istimewa untuk majlis perkahwina­n.

Terdapat tiga harga untuk pakej hidangan sempena dengan acara itu iaitu RM598++, RM788++ dan RM988++.

“Sepanjang Julai sehingga September2­017,promosikha­s diberikank­epadamerek­ayang ingin menempah makanan untuk pakej RM788++ dan RM988++.

“Hanya dengan setiap tempahan 10 meja dan ke atas, satu meja percuma diberikan kepada pelanggan,” katanya.

Dalam pada itu, Chef Chung berkata satu bazar khas untuk mendapatka­n dana amal akan diadakan pada 8 Oktober 2017.

Katanya, bazar itu dianjurkan oleh Persatuan Hemodialis­is Kota Kinabalu setiap tahun dan Restoran Cherry adalah salah satu penyokong utama kepada aktiviti itu.

“Penganjura­n acara kali ke-12 itu akan diadakan di Dewan Badminton Kompleks Sukan Likas.

“Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan pada hari itu dengan tema ‘Super Heroes and Villains’,” katanya.

TELCADORA JAMES Pengurus Pemasaran dan Promosi Jesselton Team Sdn Bhd

 ??  ?? CHEF Chung (dua kiri) memperkena­lkan hidangan Seafood Poon Choi .
CHEF Chung (dua kiri) memperkena­lkan hidangan Seafood Poon Choi .
 ??  ?? (Gambar dari kiri) ANTARA jenis makanan dalam set promosi hidangan pakej perkahwina­n.
(Gambar dari kiri) ANTARA jenis makanan dalam set promosi hidangan pakej perkahwina­n.
 ??  ??
 ??  ?? SET menu Seafood Poon Choi .
SET menu Seafood Poon Choi .
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia