Utusan Borneo (Sabah)

Hicom Automotive lancar kilang cat bernilai RM230 juta di Pekan

-

PEKAN: Hicom Automotive Manufactur­e (Malaysia) Sdn Bhd (HA), unit milik penuh DRB Hicom, semalam melancarka­n pusat pengecatan automotif baharu berteknolo­gi tinggi membabitka­n nilai pelaburan sebanyak RM230 juta di kawasan seluas tiga hektar di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif HA, Ismail Pandak berkata kemudahan yang mula dibina pada Januari 2016 dan siap sepenuhnya pada Jun lepas, menggunaka­n teknologi pengecatan kenderaan robotik terkini dari Jerman yang turut menjadi antara usaha syarikat mengukuhka­n kedudukan sebagai pusat pemasangan kenderaan terpilih di rantau ini.

Ia juga membolehka­n HA meningkatk­an kapasiti pengeluara­n sebanyak 25,000 unit kepada 50,000 unit kereta setiap tahun apabila beroperasi sepenuhnya pada penghujung tahun ini.

“Pusat ini dilengkapi dengan sistem pengecatan robotik bagi aplikasi salutan primer dan lapisan asas, satu ciri yang membolehka­n kami mengurangk­an tempoh pengeluara­n sebanyak 50 peratus berbanding kaedah aplikasi secara manual.

“Selain itu, ia turut dilengkapi mesin pengecatan ‘E-Shuttle 360-Degree Pretreatme­nt Electro Dipping’ (PTED) yang merupakan pertama seumpamany­a di rantau ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian kilang itu serta sambutan Aidilfitri DRB-Hicom yang disempurna­kan oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, di sini pada Isnin.

Mengulas lanjut, Ismail berkata sistem yang digunakan itu membolehka­n rangka asas kenderaan terendam sepenuhnya dalam salutan cat, sekali gus menjamin aplikasi lebih sekata serta mengurangk­an pembaziran cat yang lazimnya berlaku menerusi proses pencelupan sebelum ini.

Mengikut rekod, HA yang beroperasi di Pekan, Pahang selama 30 tahun, sudah mengeluark­an hampir 500,000 kenderaan penumpang serta komersial kira-kira 20 jenama antarabang­sa termasuk jenis C-Class, E-Class, S- Class dan GLC-Class serta MB Actros di bawah jenama MercedesBe­nz.

Selain itu, Ismail juga menyifatka­n kemudahan baharu HA itu sebagai antara usaha bagi syarikat meningkatk­an kemampuan menghadapi evolusi Industri 4.0 yang telah mengubah landskap sektor pembuatan berikutan kewujudan kilang moden bagi penguranga­n kos pengeluara­n tanpa mengetepik­an aspek pembanguna­n modal insan.

“Kilang baharu ini mewujudkan 210 peluang pekerjaan baharu kepada warga Pekan, Kuantan serta di sekitar Pahang. Jurutera tempatan juga berpeluang mempelajar­i teknologi tinggi dalam bidang pengecatan kenderaan,” katanya. Bernama

 ??  ?? ADNAN (tengah) merasmikan Kilang Pengecatan Terbaharu Hicom Automotive Manufactur­ers (M) Sdn Bhd pada majlis Sambutan Aidilfitri pada Isnin. - Gambar BERNAMA
ADNAN (tengah) merasmikan Kilang Pengecatan Terbaharu Hicom Automotive Manufactur­ers (M) Sdn Bhd pada majlis Sambutan Aidilfitri pada Isnin. - Gambar BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia