Utusan Borneo (Sabah)

Uda Holdings bina Angsana Johor Bahru Mall 2 bernilai RM1.5 bilion

-

JOHOR BAHRU: Uda Holdings Bhd bakal membangunk­an gedung beli-belah Angsana Johor Bahru Mall 2 dengan nilai pembanguna­n kasar sebanyak RM1.5 bilion.

Pengarah Urusan Kumpulan Uda Holdings Datuk Ahmad Abu Bakar berkata projek itu kini berada di peringkat kelulusan reka bentuk dan pembinaan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2021.

“Angsana Johor Bahru Mall 2 ini akan dibina di kawasan berhampira­n Angsana Johor Bahru Mall sedia ada dengan keluasan pembinaan 11 ekar (lebih kurang 4 hektar).

“Jadi kita juga akan membina jambatan yang menghubung­kan kedua-dua bangunan ini selain beberapa landskap yang memberi kemudahan kepada pengunjung,” katanya kepada pemberita pada Majlis Hari Raya Aidilfitri Uda Angsana Sdn Bhd dan Uda Land South, di sini, pada Isnin.

Ahmad berkata, gedung baharu itu akan lebih besar daripada pusat beli-belah sedia dengan keluasan kira-kira 800,000 kaki persegi dan akan menawarkan pelbagai jenis perniagaan serta jenama antarabang­sa.

“Dengan adanya Angsana Johor Bahru Mall 2, ia tentunya akan menarik kehadiran lebih ramai pelanconga­n terutamany­a dari Singapura. Warga tempatan pula akan mempunyai dua pilihan kategori membeli-belah yang tentunya akan memberikan kepuasan kepada mereka,” katanya.

Selain itu, katanya, Uda Holdings juga akan membangunk­an Pusat Bandar Tampoi di atas baki tanah seluas 32.45 ekar (14 hektar) yang meliputi kompleks perniagaan, dewan konvensyen, hotel, kondominiu­m mewah dan apartment kos sederhana berhampira­n dengan Angsana Johor Bahru Mall 2.

Sementara itu Ahmad berkata, bagi memberi keselesaan kepada pengunjung kerja-kerja menaik taraf Angsana Johor Bahru Mall telah dilaksanak­an bermula 2011 dengan kos sebanyak RM10 juta yang termasuk kemudahan eskalator, lif, lantai, lampu, pendingin hawa dan pelbagai kemudahan lain. - Bernama

 ??  ?? AHMAD (kanan) menyampaik­an bantuan Hari Raya kepada 40 warga emas dari Rumah Seri Kenangan Kampung Engku Mohsin pada Majlis Hari Raya Aidilfitri Uda Angsana Sdn Bhd & Uda Land South di Angsana Johor Bahru Mall pada Isnin. - Gambar BERNAMA
AHMAD (kanan) menyampaik­an bantuan Hari Raya kepada 40 warga emas dari Rumah Seri Kenangan Kampung Engku Mohsin pada Majlis Hari Raya Aidilfitri Uda Angsana Sdn Bhd & Uda Land South di Angsana Johor Bahru Mall pada Isnin. - Gambar BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia