Utusan Borneo (Sabah)

Ternak ayam, kambing sendiri cegah kanser

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

KUNAK: Orang ramai digalakkan agar memelihara sendiri ternakan seperti ayam dan kambing dalam usaha mencegah penyakit kanser di samping memperoleh telur ayam dan susu yang segar tanpa pengawet, pewarna dan suntikan hormon.

Pemilik Klinik Zarina di Tungku, Dr Zarina Shaik Mohamed Daud berkata, penduduk luar bandar bernasib baik kerana memiliki tanah persendiri­an yang memudahkan mereka untuk memelihara ternakan bagi menjamin tahap kesihatan yang lebih baik.

“Dengan usaha itu, sudah tentu penduduk akan peka akan kepentinga­n penjagaan kesihatan terutamany­a bagi mencegah penyakit yang menunjukka­n statistik tinggi di negara ini seperti kencing manis dan kanser.

“Secara tidak langsung, hospital juga tidak akan mempunyai pesakit yang ramai menghidapi penyakit itu kelak kerana generasi akan datang mempunyai genetik yang sihat dan dapat melawan penyakit tanpa sebarang pengambila­n antibiotik,” katanya semasa berucap menerusi program ‘Sihat Selalu’ di dewan Masjid Daerah Kunak disini, Ahad.

Beliau berkata, inisiatif yang diambil dengan cara mendekati masyarakat luar bandar berkenaan kesihatan adalah selaras dengan seruan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi Transforma­si Nasional 2050 (TN50) bahawa rakyat harus dididik untuk mengambil inisiatif sendiri dalam pencegahan penyakit.

Zarina yang juga Ketua Cawangan Umno Kampung Sri Hak 1 Tungku memberi sumbangan kepada golongan asnaf, orang kelainan upaya (OKU), anak yatim dan yang memerlukan.

“Alhamdulil­lah, menerusi program ini kita juga dapat memberi sumbangan beras kepada 200 keluarga. Diharap sumbangan ini membantu meringanka­n sedikit sebanyak

ZARINA

beban mereka (penerima),” katanya.

Program turut menyaksika­n pemberian kain batik kepada 79 ketua cawangan Umno di daerah itu sebagai tanda penghargaa­n atas kerjasama yang diberikan sepanjang program berlangsun­g.

Program yang disertai lebih 300 orang itu dirasmikan oleh Penolong Pegawai Perhubunga­n Rizal Salim mewakili Pembantu Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Nilwan Kabang.

 ??  ?? (kanan) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima OKU.
seorang ketua cawangan menerima sumbangan kain batik.
(kanan) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima OKU. seorang ketua cawangan menerima sumbangan kain batik.
 ??  ??
 ??  ?? ANTARA yang hadir pada program berkenaan.
ANTARA yang hadir pada program berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia