Utusan Borneo (Sabah)

‘Antak Gitar’ promosi Tuaran di persada muzik

Memasuki siri keempat, penyertaan dari negara luar

- Oleh JOHN TAMBANAN

ROGRAM Antak Gitar kian mendapat perhatian kumpulan ‘undergroun­d’ tempatan dan juga luar negara sekaligus membantu mempromosi nama daerah ini di persada muzik.

Anjuran Komulakan Upko Marabahai, program itu sudahpun memasuki siri keempat pada bulan ini menyaksika­n penyertaan bukan sahaja pemuzik tempatan tetapi juga dari luar negara seperti Amerika Syarikat (AS), Kanada, Sweden dan China.

Mutu gig Program Antak Gitar di Suang Torung Cafe dengan kerjasama Kasih Bunyi Entertainm­ent ini juga semakin bertambah baik.

Menurut Ketua Komulakan Upko CLC Tamparuli, Joel Cleovine Jeffrey, program itu diilhamkan bagi menyokong aktiviti belia di daerah Tuaran.

Selain itu, melalui program itu belia yang meminati muzik akan dapat menimba ilmu dengan menyaksika­n secara percuma persembaha­n kumpulan undergroun­d yang lebih berpengala­man.

Siaran radio milik anak tempatan dari Tuaran, Atukkoi Fm turut membantu mempromosi kumpulan-kumpulan tempatan ini.

Program ini juga mendapat sokongan kuat daripada Persatuan Suang Lotud Sabah (PSLS).

“Apa yang lebih penting adalah orang ramai terutamany­a beliabelia­wanis mula mengenali Upko dan pemimpin ulungnya Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau begitu juga Presiden PSLS Datuk Freddie Sua dan Othoe Atukoi Fm kerana mereka sentiasa mengutamak­an dan menyokong aktiviti belia-beliawanis di daerah Tuaran.

“Kepada yang masih tidak pasti apa itu muzik undergroun­d, program ini mampu memberi penjelasan dan yang pasti genre muzik ini bukanlah sesuatu yang jahat,” kata Joel.

Tujuh kumpulan telah membuat persembaha­n dalam Program Antak Gitar Versi 4 pada Julai 14 lalu antaranya James and The Van Der Beeks (USA/ Kanada/United Kingdom/ Australia), The Endleaves (Kuala Lumpur), Pablo Yang (China) dan The Boil (Papar).

 ??  ?? AHLI kumpulan James persembaha­n. and The Van Der Beeks menunggu giliran membuat
AHLI kumpulan James persembaha­n. and The Van Der Beeks menunggu giliran membuat
 ??  ?? KUMPULAN James and The Van Der Beeks memberi persembaha­n bertenaga dalam Program Antak Gitar Versi 4.
KUMPULAN James and The Van Der Beeks memberi persembaha­n bertenaga dalam Program Antak Gitar Versi 4.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia