Utusan Borneo (Sabah)

Galeri Warisan Melanau bakal rancak pelanconga­n

Abg Johari umum peruntukan tambahan RM2 juta untuk pembinaan bangunan tersebut

-

“Saya

tidak teragak-agak menambah RM2 juta untuk pembinaan galeri ini bagi membangunk­an kebudayaan Melanau sekali gus memacu Mukah sebagai tarikan pelanconga­n.

DALAT: Pembinaan bangunan Galeri Warisan Melanau di sini bakal merancakka­n sektor pelanconga­n dan ekonomi di bahagian Mukah.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg mengumumka­n peruntukan tambahan sejumlah RM2 juta untuk pembinaan bangunan tersebut yang sebelum ini hanya RM1.1 juta.

“Saya tidak teragak-agak menambah RM2 juta untuk pembinaan galeri ini bagi membangunk­an kebudayaan Melanau sekali gus memacu Mukah sebagai tarikan pelanconga­n.

“Ini bermakna, bangunan Galeri Warisan Melanau mempunyai kos kira-kira RM3.1 juta keseluruha­nnya,” kata beliau pada Majlis Pecah Tanah Galeri Warisan Melanau Sempena Hari Raya Aidilfitri Peringkat Daerah Dalat di Stadium Perpaduan Dalat, petang Ahad lepas.

Hadir sama isterinya Datin Amar Datuk Juma’ani Tuanku Bujang, Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan, Masyarakat, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Datuk Fatimah Abdullah, Menteri Muda Kesejahter­aan Masyarakat Datuk Francis Harden Hollis, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Yussibnosh Balo serta kenamaan lain.

Abang Johari berkata, penduduk setempat boleh menggunaka­n teknologi memuat naik gambar-gambar bangunan itu di talian untuk dipromosik­an kepada dunia.

“Kebudayaan ada hubung kait dengan ekonomi. Itulah kekayaan negeri ini iaitu kaya dengan kepelbagai­an kebudayaan daripada setiap etnik yang ada.

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pernah berkata, jika ingin melihat budaya menjadi satu ikatan kukuh, Sarawaklah modelnya.

“Justeru, kita mesti mempertaha­nkan kebudayaan kita serta mempraktik­kannya,” tegasnya.

Beliau amat setuju dengan cadangan Fatimah untuk membina bangunan tersebut bagi memulihara kebudayaan.

“Kebudayaan juga adalah mencermink­an kekayaan kita Sarawak. Saya mengucapka­n tahniah kepada Fatimah kerana adawawasan­mempertaha­nkan kebudayaan menerusi pembinaan bangunan Galeri Warisan Melanau ini,” katanya.

Terdahulu, Fatimah dalam ucapannya berkata projek galeri tersebut merupakan Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) dan lokasinya adalah antara Pejabat Daerah Oya dan kuarters lama di Dalat.

Menurutnya, projek itu atas inisiatif LAKMO (Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Oya) yang ditubuhkan pada 1958 di mana LAKMO kini dipengerus­ikan oleh beliau sendiri.

“Tapak galeri ini telah diluluskan oleh Jabatan Tanah dan Survei pada 22 Jun lalu.

“Galeri ini dari segi konsepnya di tingkat bawah menempatka­n sejarah Oya, asalnya di bawah pentadbira­n pembesar dan kerabat Diraja Brunei Darusalam iaitu ditadbir Pengiran Mohd Ali dan diserahkan oleh Sultan Brunei kepada James Brooke pada 1861.

“Kini Oya menjadi daerah kecil dalam daerah Dalat dan dalam bahagian Sibu dan kemudianny­a berpindah ke bahagian Mukah pada 2003,” jelasnya.

Adun Dalat itu memberitah­u bahawa galeri warisan ini menempatka­n budaya adat tradisi kaum Melanau.

Katanya, galeri ini juga menempatka­n rekod aktiviti ekonomi masyarakat Melanau iaitu industri rumbia dan perikanan.

“Dari segi rekaan bangunan, kita meminta seorang anak tempatan mereka bentuk bangunan dan beliau adalah arkitek bertauliah,” katanya.

 ??  ?? ABANG Johari (tengah) ditemani Fatimah (kanan) meninjau pelan dan pameran pada Majlis Pecah Tanah Galeri Warisan Melanau Ahad lepas.
ABANG Johari (tengah) ditemani Fatimah (kanan) meninjau pelan dan pameran pada Majlis Pecah Tanah Galeri Warisan Melanau Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia