Utusan Borneo (Sabah)

Nilai tanah di Batu Kawa dijangka lebih tinggi pada masa depan

-

KUCHING:Pemilik tanah di kawasan Batu Kawa dinasihat agar tidak menjual tanah mereka ketika ini kerana nilainya dijangka lebih tinggi pada tahun-tahun akan datang.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian berkata nilai tanah di Batu Kawa akan menjadi lebih mahal kerana ia menjadi kawasan tumpuan projekproj­ek pembanguna­n.

“Jika anda mempunyai sebidang tanah di Batu Kawa, jangan dijual. Jika anda perlu menjualnya, jual kepada saya,” katanya dengan nada berseloroh.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri di Kampung Stapok dekat sini Ahad lepas.

Dr Sim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Kawah berkata antara projek dirancang dibangunka­n di konstituen­sinya ialah Batu Kawa Lagoon, Taman Riverbank dan projek perumahan mampu milik.

Tambahnya, projekproj­ek pembanguna­n lain termasuk pembinaan balai polis, balai bomba serta Klinik 1Malaysia.

Menurutnya pembinaan projek cadangan Klinik 1Malaysia akan bermula dalam waktu terdekat ini dan apabila siap kelak ia akan memberi manfaat kepada penduduk di Batu Kawa serta kawasan sekitarnya.

Dalam perkembang­an lain Dr Sim berkata beliau akan berbincang dengan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg mengenai cadangan menempatka­n pejabat residen di bangunanny­a sendiri.

Beliau berkata pejabat residen berhak mempunyai premis sendiri bukannya berkongsi kemudahan dengan organisasi lain di Kompleks Islam Sarawak.

“Saya mahu berbincang dengan Ketua Menteri mengenai cadangan memindahka­n pejabat residen ke Batu Kawa. Terdapat sebidang tanah lebih 100 ekar di Batu Kawa yang boleh digunakan bagi tujuan ini.

“Ketika ini pejabat residen membayar sewa bagipejaba­tyangdigun­akan ketika ini,” katanya.

 ??  ?? DR Sim membelah buluh lemang sebagai simbolik perasmian Majlis RamahTamah Aidilfitri Kampung Stapok.
DR Sim membelah buluh lemang sebagai simbolik perasmian Majlis RamahTamah Aidilfitri Kampung Stapok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia