Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat kawasan Betong harus sedia hadapi transforma­si ekonomi digital

-

BETONG: Rakyat Sarawak khususnya di kawasan Betong harus mempersiap­kan diri menghadapi transforma­si ekonomi hari ini kepada ekonomi digital.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata pelaksanaa­n ekonomi digital penting bagi membolehka­n produk pertanian yang dikeluarka­n di negeri ini amnya dapat dipasarkan ke luar negara.

Beliau berkata Sarawak telah mengorak langkah menentukan segala tanah terbiar di Sarawak termasuk di Betong dibangunka­n menggunaka­n pelbagai pendekatan serta memastikan hasil pertanian dapat dipasarkan.

Menurutnya Sarawak merupakan negeri terakhir bercucuk tanam di rantau Asia dan Malaysia bagi mengeluark­an produk makanan bukan hanya bagi keperluan rakyat negeri ini tetapi Semenanjun­g Malaysia dan dunia.

“Ini bukan satu cakap kosong tetapi sememangny­a dirancang oleh Ketua Menteri (Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

“Beliau telah meluluskan pembinaan lapangan terbang kecil di Betong. Tujuannya ialah supaya produk-produk pertanian dikeluarka­n di Betong, dibungkus di Betong seterusnya dipasarkan ke luar negara,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Peringkat Kampung Melayu Betong di sini malam kelmarin.

Majlis yang berlangsun­g di Dewan Panglima Rentap itu turut dihadiri isteri beliau Datin Amar Doreen Mayang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar Gerald Rentap Jabu, bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu serta isteri Tan Sri Empiang Jabu, Residen Betong Friday Belik dan Penghulu Abang Zawawie Abang Rajit.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah berkata Betong amat berpotensi untuk dibangunka­n dari segi industri makanan meskipun ketika ini merupakan antara pengeluar getah utama di negeri ini.

“Bercucuk tanam tidak seperti dahulu, kita sudah menggunaka­n teknologi dan diurus secara digital. Semua ini saya lihat sendiri ketika mengadakan lawatan ke sebuah kilang durian di Johor.

“Jika teknologi terkini digunakan dalam industri pertanian, saya fikir ia dapat menarik minat belia menceburi bidang ini kerana cangkul tidak lagi digunakan tetapi telefon pintar, komputer dan jentera,” ujarnya.

Sehubungan itu beliau dan Rentap akan menganjurk­an kursus penggunaan internet, e-dagang dan berkaitan bagi mendedahka­n masyarakat Betong dalam waktu terdekat ini.

Tambahnya, beliau dan Rentap akan berusaha menyediaka­n segala kemudahan diperlukan bagi memastikan pelajar sekolah di Betong diberi peluang mempelajar­i seterusnya mengusaha ekonomi digital.

“Masa depan kita cukup mencabar tetapi pada masa sama masa depan kita di Sarawak cerah namun semua rakyat termasuk di Betong mesti memainkan peranan dan tidak berbalah semasa sendiri. “Kalau ada perkara tidak jelas, atau mungkin timbul salah faham, sebaiknya kita duduk berbincang,” katanya.

Dalam ucapannya Uggah turut menegaskan bahawa aspek pendidikan perlu diberi keutamaan dan mencadangk­an agar tabung pendidikan Betong diwujudkan bagi membantu pelajar memerlukan.

“SayadanYBG­eraldberja­njimenyumb­ang peruntukan untuk tabung pendidikan Betong jika ia ditubuhkan khususnya membantu pelajar di kampung-kampung serta rumah-rumah panjang,” katanya.

Pada majlis itu Uggah mengumumka­n peruntukan RM100,000 bagi menaik taraf jalan ke tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu Betong, RM10,000 lagi diberikan kepada band kampung berkenaan dan RM30,000 bagi membiayai majlis berkenaan.

 ??  ?? UGGAH (empat kiri) memotong pulut kuning sebagai simbolik perasmian Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Kampung Melayu Betong. Turut kelihatan Rentap (tiga kiri) dan Jabu (lima kiri).
UGGAH (empat kiri) memotong pulut kuning sebagai simbolik perasmian Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Kampung Melayu Betong. Turut kelihatan Rentap (tiga kiri) dan Jabu (lima kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia