Utusan Borneo (Sabah)

Pembinaan bangunan hospital pakar perlu dipercepat

-

LIMBANG: Bangunan hospital pakar menempatka­n pakar-pakar asas bernilai RM150 juta perlu dipercepat­kan pembinaann­yamemandan­gkankedudu­kan Limbang diapit negara jiran Brunei dan berdepan masalah pengangkut­an terutama bagi kes kecemasan.

Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata pembinaan bangunan hospital pakar penting bagi menaik taraf Hospital Limbang kepada hospital pakar rujukan.

Katanya, permohonan membina projek itu sudah dimasukkan di bawah ‘Roling Plan’ Kedua Rancangan Malaysia Ke11 (RMK11)menyediaka­n prasarana perubatan dan menempatka­n pakar bagi perkhidmat­an kesihatan terbaik kepada rakyat.

“Keutamaan kita adalah membina bangunan hospital pakar, poliklinik, Klinik Desa Kampung Telahak dan pemindahan Klinik Desa Medamit.

“Perkara ini perlu dilihat secara serius kerana Limbang berdepan masalah pengangkut­an memandangk­an kedudukan diapit negara jiran Brunei,” katanya ketika ditemui pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri 2017 anjuran Jawatankua­sa Badan Kebajikan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Islam Daerah Limbang (JBKKMKKIL) di sini pada Ahad lepas.

Turut hadir isterinya, Dayang Maimunah Awang Mohd Daud, Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, Pegawai Daerah Limbang Jamalie Busri, Penasihat dan Timbalan JBKKMKKIL Pemanca Alie Jahar, Penghulu Abu Bakar @ Abu Tinggal, Kapitan Ang Kheng Su dan ketua-ketua masyarakat lain.

Dr Abdul Rahman juga senada dengan tindakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu tindakan tegas dan penilaian semula dilakukan terhadap kontraktor tidak menjalanka­n tugas dengan baik.

“Kontraktor­yangdimint­amelaksana­kan sesuatu projek perlu dinilai semula dan disenarai hitam jika gagal melaksanak­annya agar perkara sama tidak berulang,” ujarnya.

Mengulas mengenai projek terbengkal­ai termasuk pembinaan jalan raya Buang Abai hingga Pengkalan Rejab dan Bekalan Air Luar Bandar (BALB) dari simpang Ukong ke Medamit sejak 2011 katanya, kerajaan melihat perkara itu secara serius.

“Kita melihat perkara ini secara serius dan meminta mereka yang bertanggun­gjawab melaksanak­an projek secepat mungkin,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia