Utusan Borneo (Sabah)

Asyraaf gugur lima pemain selepas bertemu India

-

KOTA KINABALU: Lima pemain akan mengetahui nasib mereka selepas perlawanan persahabat­an antarabang­sa A menentang India hujung bulan ini.

Ketua jurulatih pasukan bolasepak wanita kebangsaan Mohd Asyraaf Fong Abdullah berkata, lima dari 25 pemain akan digugurkan selepas perlawanan menentang juara Asia Selatan itu di Stadium Arena Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada 29 dan 31 Julai.

“Pasukan kebangsaan kini sedang berlatih di Majlis Sukan Negara (Jeonsa), Kuala Lumpur sejak 3 Julai dalam persiapan membina kekuatan tertinggi sebelum temasya Sukan SEA bermula.

“Selepas itu, kita akan mengadakan satu lagi perlawanan pemanas badan menentang Singapura pada 9 Ogos.

“Perlawanan penyesuaia­n padang itu akan berlangsun­g di Stadium UiTM, venue un- tuk pertanding­an Sukan SEA nanti, sebelum pasukan negara memulakan cabaran pada 15 Ogos,” jelas beliau melalui WhatsApp pada Isnin.

Temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) akan berlangsun­g secara rasmi di Kuala Lumpur bermula 19-30 Ogos hadapan.

Asyraaf, dalam misi memburu pingat gangsa akan mendapat tentangan sengit dari pemenang pingat emas Negara Thai selain Vietnam, Myanmar dan Filipina.

Pasukan kebangsaan kini berada para ranking terbawah FIFA dari senarai lima negara berkenaan, tetapi jurulatih dari Sabah itu yakin pasukan bimbingann­ya mampu untuk mencapai sasaran yang diletakkan.

Senarai pemain dalam pasukan kebangsaan ketika ini ialah Asma Junaidi, Roszaini Bakar, Nurul Azurin Mazlan (penjaga gol), Nurul Husna Mohd Nazri, Nurathirah Farhanah Zairi, Malini Nordin, Mira Fazliana Aidil, Marcella Angela Parais, Shereilynn Elly, Usliza Usman, Nabila Naim (pertahanan), Nur Shazwina Shuib, Jaciah Jumilis, Masturah Majid, Haindee Mosroh, Norsuriani Mazli, Dadree Rofinus, Eslilah Esar, Nor Athirah Mamat, Norshahira Suhaime (pemain tengah), Nur Haniza Saarani, Puteri Noralisa Wilkinson, JI. Fedalliah Claritta Jaimin, Siti Rohani Saptu dan Angela Kais (penyerang).

 ??  ?? ASYRAAF
ASYRAAF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia