Utusan Borneo (Sabah)

Persatuan Memanah Tawau sasar 17 emas pada Saga

- Oleh SHAMRY M SANI

TAWAU: Persatuan Memanah Daerah Tawau menyasarka­n sebanyak 17 pingat emas pada Temasya Sukan Sabah (Saga) tahun ini.

Penaung Persatuan Datuk HjNizamAbu­BakarTitin­gan berkata jika tercapai, sasaran itu merupakan penyumbang tertinggi pingat emas untuk kontinjen Tawau.

“Kita berharap pasukan memanah ini akan dapat menjadi penyumbang tertinggi pingat untuk daerah Tawau pada Sukan Sabah nanti sekaligus dapat menaikkan nama kontinjen Tawau,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyaksika­n pemilihan dan persiapan pemanah untuk Sukan Sabah kali ini.

Menurut beliau, skuad memanah daerah Tawau amat berpotensi untuk melahirkan pemain pemain bukan sahaja di peringkat daerah dan negeri malahan peringkat antarabang­sa.

“Dengan kemudahan latihan dan jurulatih yang berkeboleh­an, kita yakin suatu hari nanti persatuan ini akan dapat melahirkan pemain yang berkualiti yang dapat menjulang bukan sahaja nama Sabah tetapi Malaysia,” katanya.

Beliau memberi contoh salah seorang pemain persatuan berasal dari daerah ini, Lee Kin Lip yang baharu memenangi pingat perak pada kejohanan Piala Asia dan Kejohanan Dunia di Taiwan, baru-baru ini.

Nizam berharap kejayaan Lee yang telah memenangi pelbagai kejuaraan di peringkat dunia dalam mewakili negara akan dapat menjadi perintis dan pembakar semangat kepada para pemanah di daerah ini untuk lebih berjaya di masa hadapan.

Hadir sama pada sesi pemilihan skuad memanah Tawau di lapang sasar memanahdiK­ompleksSuk­an Tawau itu ialah Presiden Persatuan Memanah Daerah Tawau Jerome Lim.

NIZAM

 ??  ?? bersama pemanah negara kelahiran Tawau Lee Kin Lip yang baru memenangi pingat Perak pada kejuaraan dunia di Taiwan baru baru ini.
bersama pemanah negara kelahiran Tawau Lee Kin Lip yang baru memenangi pingat Perak pada kejuaraan dunia di Taiwan baru baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia