Utusan Borneo (Sabah)

Garisan Badai berpunca akibat tiupan angin berbeza

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Kejadian awam berlapis dan bergulung pada Isnin dipercayai berpunca daripada tiupan angin yang berbeza.

Pengarah Jabatan Meteorolog­i Sabah Azmi Daud menjelaska­n bahawa fenomena berkenaan disebabkan tiupan angin yang berbeza dari permukaan berbanding dengan lapisan atasan.

“Awan ini biasanya ialah kumpulan ribut petir yang dikenali garisan badai yang terbentuk di kawasan perairan pada waktu malam atau awal pagi.

“Kemudian, awan ini akan ditolak ke kawasan pedalaman oleh angin barat yang laju,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo, di sini pada Isnin.

Fenomena berkenaan yang kelihatan seakan lautan tsunami itu yang dilihat pada awal pagi Isnin mengejutka­n penduduk di sekitar bandaraya ini dan kejadian sama turut dilihat di sekitar Beaufort.

Sementara itu, berdasarka­n tinjauan cuaca sehingga 22 Julai, Azmi berkata kewujudan Ribut Tropika Talas yang membadai daratan Vietnam diramalkan menjadi Lekukan Tropika sehingga malam Isnin (17 Julai).

Ribut itu seterusnya menyebabka­n peningkata­n tiupan serta penumpuan angin barat sehingga berlaku hujan dan ribu petir di kawasan pantai barat dan perairan.

“Bermula 20 Julai, keadaan cuaca dijangka kembali normal dengan hujan di beberapa kawasan pantai Sabah pada sebelah pagi.

“Manakala, pada sebelah petang pula, hujan dan ribut petir dijangka akan berlaku di semua bahagian di Sabah,” jelasnya.

GAMBAR-gambar

 ??  ??
 ??  ?? dikongsi orang ramai yang dimuat naik dalam media sosial termasuk facebook dan aplikasi whatsapp.
dikongsi orang ramai yang dimuat naik dalam media sosial termasuk facebook dan aplikasi whatsapp.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia