Utusan Borneo (Sabah)

Jentera Pusat Khidmat Parlimen Sepanggar siap siaga hadapi PRU14

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Jentera Pusat Khidmat Parlimen Sepanggar sentiasa bersiap siaga bagi berhadapan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Jumat Idris berkata jentera itu sudah diwujudkan sejak beliau digantung sebagai Ketua Bahagian Umno Sepanggar tiga tahun lalu.

“Sehingga sekarang, saya masih belum menerima apa-apa berita atau surat mengenai pengantung­an itu, maka saya menganggap­kan saya masih digantung.

“Bagaimanap­un, keadaan itu tidak menjejaska­n jentera saya untuk masuk kampung dari rumah ke rumah bagi melaksanak­an program rakyat,” katanya kepada pemberita ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau berkata, jentera itu hanya di peringkat parlimen sahaja memandangk­an pemangku ketua bahagian Umno Sepanggar mempunyai jentera sendiri untuk digerakkan di kawasan itu.

Katanya, Jentera Pusat Khidmat Parlimen telah turun padang selama tiga tahun berturut-turut dan tidak hanya menunggu sehingga PRU untuk menjalanka­n tugas.

“Oleh itu, selama saya digantung tugas daripada Umno, saya mempunyai jentera sendiri untuk digerakkan ke peringkat akar umbi rakyat di seluruh kawasan Sepanggar.

“Sekiranya saya dicalonkan semula pada PRU14 nanti, jentera saya ini secara tidak langsung akan menguatkan lagi pengundi untuk Barisan Nasional (BN) dan Umno Sepanggar,” katanya.

Menurutnya, jentera itu dibangunka­n mengikut daerah mengundi tetapi diubah suai berdasarka­n kesesuaian.

“Saya mengambil pendekatan untuk mengadakan perubahan sedikit sebab saya tahu di mana pengundi tinggal. Sebagai contoh, daerah mengundi Telipok Ria, dalam buku tidak tertulis kawasan itu kerana ia satu perumahan.

“Bagaimanap­un, pengundi dari Likas sekarang dan pada masa depan akan dikenali sebagai Dewan Undangan Negeri (DUN) Darau yang baharu...sebenarnya sudah terletak di Telipok Ria iaitu seramai lebih kurang 5,000 pengundi kesemuanya.

“Dalam sistem yang digunapaka­i saya, kawasan itu adalah satu daerah mengundi, dan Likas Darat yang wujud di dalam kertas terdiri daripada Kampung Bakau dan Lembaga Padi dahulunya kini sudah tidak wujud kerana rumah setinggan yang ada sudah dirobohkan,” katanya.

Jumat yakin walaupun beliau tidak dicalonkan nanti, pengundi di Sepanggar boleh menilai sendiri hak mengundi masing-masing.

“Umno masih boleh berkerja di sini dan pengundi pula mempunyai pilihan masing-masing, sama ada saya menjadi calon atau sebaliknya, saya tidak dapat mengawal hak mengundi rakyat Sepanggar,” katanya.

 ??  ?? JUMAT
JUMAT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia