Utusan Borneo (Sabah)

Aidilfitri eratkan pelajar, guru dan ibu bapa SM Sains Labuan

-

LABUAN: Majlis Hari Raya Aidilfitri telah mengeratka­n hubungan baik yang sedia terjalin antara pelajar dan guru-guru Sekolah Menengah Sains Labuan.

Malah program tahunan yang dikendalik­an pelajar Tingkatan Empat itu turut memberi ruang dan peluang kepada guru khususnya warden asrama untuk beramah mesra dengan ibu bapa dan penjaga pelajar.

Penolong Kanan Pentadbira­n Rohana Yassin berkata menerusi program itu, pelajar akan turut bermaaf-maafan dengan guru dan ibu bapa.

“Inilah masa yang sesuai untuk ibu bapa beramah mesra dengan guru-guru khususnya warden sekaligus mengetahui sendiri keadaan kehidupan anak mereka di asrama putera dan puteri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Hari Raya Aidilfitri peringkat SM Sains Labuan yang diadakan di pekarangan asrama sekolah itu pada Sabtu.

Turut hadir, Ketua Sektor Pengurusan Pembanguna­n Kemanusiaa­n, Jabatan Pendidikan Labuan Asbola Amit, Yang Dipertua PIBG Zulkifli Zakaria, Pegawai Angkat SM Sains Labuan Sahbudin Ag Muhammad, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Mohd Siddiq Abdullah dan Penolong Kanan Kokurikulu­m Zakiah Mohd Isa.

Pada majlis itu, Alumni SM Sains Labuan yang diwakili Suhaili Dikar menyampaik­an sumbangan kewangan bagi membantu menjayakan Hari Terbuka dan Majlis Aidilfitri kepada Penolong Kanan HEM Mohd Siddiq Abdullah.

Rohana mengucapka­n terima kasih kepada ibu bapa yang sudi datang menjayakan program berkenaan.

Pelbagai aktiviti diadakan untuk merapatkan lagi hubungan antara pelajar sekolah berasrama penuh itu.

 ??  ?? ASBOLA (duduk, tiga kanan) bersama pentadbir dan guru-guru SM Sains Labuan. Turut kelihatan Rohana (dua kiri), Siddiq (berdiri, kanan), Zulkifli (duduk, kanan), Sahbudin (duduk, dua kanan) dan Zakiah (duduk, kiri).
ASBOLA (duduk, tiga kanan) bersama pentadbir dan guru-guru SM Sains Labuan. Turut kelihatan Rohana (dua kiri), Siddiq (berdiri, kanan), Zulkifli (duduk, kanan), Sahbudin (duduk, dua kanan) dan Zakiah (duduk, kiri).
 ??  ?? ROHANA bersama pelajar lelaki sempena Majlis Hari Raya Aidilfitri SM Sains Labuan.
ROHANA bersama pelajar lelaki sempena Majlis Hari Raya Aidilfitri SM Sains Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia