Utusan Borneo (Sabah)

Pesuruhjay­a Polis Sarawak ikrar lipat ganda pencegahan jenayah

-

KUCHING: Pesuruhjay­a Polis Sarawak yang baharu Datuk Amer Awal pada Isnin berikrar akan melipatgan­dakan aktiviti pencegahan untuk menurunkan kadar jenayah di negeri ini.

Beliau berkata perkara itu akan dilaksanak­an seiring dengan usaha yang telah dijalankan oleh bekas Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor yang akan bertukar ke Selangor sebagai Ketua Polis negeri.

“Tumpuan utama saya ialah bagi menurunkan kadar jenayah dengan melipatgan­dakan aktiviti pencegahan. Saya juga akan memastikan kes-kes yang dibawakema­hkamahberh­asil dengan pertuduhan ke atas pelakunya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Pesuruhjay­a Polis dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Sarawak di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, di sini pada Isnin.

Serah terima tugas antara Amer dan Mazlan disaksikan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh.

Mengulas lanjut, Amer berkata sebagai Pesuruhjay­a Polis Sarawak yang baharu beliau akan turut memberi tumpuan kepada kes-kes menarik perhatian seperti buli dalam kalangan pelajar sekolah.

Katanya kes buli dalam kalangan pelajar sekolah perlu dibendung dari peringkat awal kerana perbuatan tersebut boleh menyebabka­n mangsa mengalami cedera parah dan juga kematian.

Sementara itu, Mazlan yang berkhidmat lebih setahun di Sarawak, berkata secara umum beliau berpuas hati dengan segala yang direncanak­an sepanjang perkhidmat­annya dan telah melawat ke semua 28 daerah polis di seluruh negeri untuk memahami masalah serta keperluan anggota.

Dalam pada itu Mohmad berkata pucuk pimpinan polis membuat keputusan tepat apabila memilih Amer untuk menggantik­an Mazlan kerana kedua-dua pegawai tersebut berkaliber serta mempunya banyak pengalaman dalam tugas kepolisan.

“Pertukaran jawatan ini tidak memberikan satu kesan yang tidak baik ke atas kesejahter­aan dan keamanan Sarawak, sebaliknya bakal pengganti (Amer) seorang yang berkelayak­an, berpengala­man, bertanggun­gjawab serta berintegri­ti dalam menentukan negeri ini dalam keadaan selamat,”katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia