Utusan Borneo (Sabah)

Gelombang ‘Hallyu’ bawa pengaruh kuat Korea

- Oleh NURASYIKIN HAMZA (Pelatih UMS)

LEBIH sedekad lalu, pengaruh Korea di negara ini masih kurang berbanding Jepun yang pada ketika itu cukup diminati dalam kalangan masyarakat.

Hinggakan jenama-jenama terkenal Korea seperti Samsung dan LG masih belum mampu menyaingi produk jenama Jepun.

Begitu juga pengaruh artis-artis Korea yang mana kemunculan mereka di televisyen kurang menarik minat penonton berbanding artis mahu pun drama Jepun.

Namun begitu, keadaan semakin berubah apabila hari ini pengaruh Korea mula menjadi ikutan bukan sahaja di Malaysia tetapi seluruh dunia.

Bermula dari hiburan, fesyen, solekan, hinggalah ke budaya masyarakat Korea, ia menjadi fenomena baharu kepada dunia hari ini.

Pencetus Fenomena

Kisah cinta dramatik Joon Sang dan Yoo Jin dalam kisah Winter Sonata menjadi pencetus bermulanya fenomena kegilaan peminatpem­inat drama Korea.

Fenomena luar biasa itu juga menjadikan gelombang ‘Hallyu’ dari Korea Selatan menular hingga ke seluruh dunia.

Hallyu merujuk kepada peningkata­n gelombang Korea di seluruh dunia secara mendadak. Istilah berkenaan pertama kali dicipta oleh akhbar Cina pada akhir 90an untuk menggambar­kan populariti pop budaya Korea di China.

Ternyata hingga ke hari ini, pengaruh Hallyu semakin merebak khususnya dalam kalangan remaja yang menjadikan ia sebagai ikutan dalam kehidupan mereka.

Pada masa sama, genre muzik Korea iaitu K-Pop mula digilai peminat muzik di negara ini dan menjadikan artis-artis K-Pop sebagai idola mereka.

Salah seorang peminat K-Pop yang hanya mahu dikenali sebagai Nozi, 26, mengakui beliau sendiri kurang jelas apakah faktor yang menjadikan muzik KPop begitu digilai ramai.

Katanya, ada yang meminati kerana paras rupa artis, muzik dan ada yang hanya sekadar mengikut trend terkini.

Nozi yang meminati kumpulan EXO sejak dari kemunculan awal kumpulan K-Pop itu turut menganggap genre muzik berkenaan mempunyai tarikan serta keunikanny­a yang tersendiri.

“Korea bukan sekadar irama dan artisnya sahaja, tetapi ia merangkumi gaya hidup, tarian, fesyen, serta realiti hidup artisnya.

“Ia juga membawa tarikan dari pelbagai aspek yang diketengah­kan media termasukla­h bual bicara dan budaya mereka tersendiri. Inilah faktor yang menjadi tarikan utama kepada fenomena ini,” jelasnya.

Bagi Intan Kurnia, 23, tarikan utama Korea terletak pada kekuatan jalan cerita dalam filem dan drama mereka.

Menurutnya, ia bukan sahaja melihat kepada kemampuan penyanyi sambil menari, tetapi setiap fakta dan babak dalam sesebuah drama dikaji dengan teliti.

“Misalnya drama berkaitan doktor, pelakon terlibat akan menonjolka­n cara-cara sebenar tugas doktor dalam bilik bedah.

“Ia bukan sahaja sebagai satu hiburan tetapi turut memberi pengetahua­n kepada penonton,” katanya.

Fesyen

Lain pula ceritanya dengan Naetalie Nicole yang tertarik dengan K-Pop disebabkan oleh kepelbagai­an fesyen dan solekan di negara itu.

Dia menganggap pengaruh budaya Korea semakin menular dan hampir setiap remaja hari ini mula mengikuti trend K-Pop yang terkini.

Katanya, pakaian yang digunakan oleh artis Korea lebih menarik dan barangan kosmetikny­a sentiasa mendapat sambutan ramai.

“Fesyen dari Korea hari ini menjadi ikutan dunia dan ini menarik minat saya untuk mengikuti perkembang­an dunia fesyen terkini dari negara itu,” katanya.

Selain menjadi ikutan, ada yang menjadikan budaya Korea ini sebagai punca pendapatan termasukla­h yang menawarkan perkhidmat­an solekan ala artis Korea.

Ashmahira Azman, 23, menggunaka­n kemahirann­ya dalam solekan dengan menawarkan pakej solekan artis Korea untuk menambah pendapatan.

Menurutnya, melalui tawaran berkenaan, secara tidak langsung minatnya dalam bidang solekan dapat menambah kemahiran sedia ada hasil pengaruh solekan artis Korea.

Selain itu jelasnya, gelombang Hallyu di negara ini menjadi platform untuknya mengembang­kan bakat dalam solekan di samping menjana pendapatan.

Sebagai peminat K-Pop, Ashmahira lebih memahami teknik solekan Korea yang tersendiri bagi memenuhi permintaan pelanggan yang ingin tampil persis bintang pujaan mereka.

Bagi Athira Kamal, 22, budaya K-Pop serba sedikit mempengaru­hi penampilan remaja di Malaysia terutama melalui cara berpakaian.

Penuntut universiti awam ini berpendapa­t remaja akan cenderung untuk meniru atau cuba berpakaian seperti artis kegemaran mereka.

Katanya, gelombang itu bukan sahaja mempengaru­hi gaya berpakaian mahupun solekan, tetapi ia juga membawa pengaruh kepada perwatakan remaja sekarang.

Athira menganggap kebanyakan remaja hari ini cuba menjadi seperti artis Korea yang memiliki kulit putih, badan yang kurus dan berwajah comel.

“Filem atau drama korea kebanyakan­nya dilakonkan oleh pelakon yang kacak dan jelita. Ini yang mendorong remaja untuk memiliki perwatakan seperti pelakon kegemaran masing-masing.

“Namun begitu, fenomena seperti ini juga boleh memberi kesan negatif kepada gaya hidup masyarakat khususnya remaja.

“Ini kerana, fesyen, tarian dan drama Korea tidak sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia kerana ia lebih menampilka­n pemakaian yang tidak sopan dan terdedah,” jelasnya. menunjukka­n penerimaan yang baik apabila semakin banyak perniagaan berasaskan produk Korea di buka di negeri ini.

Ia membuktika­n lagi Hallyu bukanlah satu fenomena jangka pendek malah ia mempunyai kecenderun­gan untuk bertahan lebih lama.

Kristen Berenus, 19, berkata pengaruh Korea di negeri ini sangat meluas bukan sahaja terhad kepada golongan remaja tetapi semua peringkat umur dan jantina.

Beliau yang bekerja di Kioda iaitu kedai barangan Korea menjelaska­n, pelanggan tidak pernah putus mengunjung­i kedai mereka yang terletak di pusat beli-belah Centre Point.

“Saya pernah melihat salah seorang pelanggan kami yang masuk semula ke kedai semata-mata ingin mendengar lagu K-Pop walaupun sudah membuat pembayaran.

“Keadaan ini menunjukka­n bagaimana pengaruh muzik K-Pop terhadap golongan remaja kita,” katanya.

Pada masa sama, pengaruh berkenaan membantu perniagaan Kioda mencapai hasil jualan yang disasarkan sejak ia dibuka pada Januari lepas.

Menurutnya, produk Korea sangat membantu bagi individu yang mempunyai masalah kulit kerana ia dicipta khusus bagi orang Asia.

Bagaimanap­un jelasnya, ada individu yang terikutiku­t dengan budaya pembedahan plastik yang sangat sinonim dengan masyarakat Korea.

Secara tidak langsung katanya, perkara itu menjadi kebimbanga­n masyarakat yang melihat budaya Korea boleh menghakis jati diri dan budaya tradisiona­l etnik tempatan.

Mohd Na- jwan Sailie, 19, berpendapa­t gelombang Korea bukanlah satu pengaruh yang tidak baik kepada remaja.

Menurutnya, ia bergantung kepada individu itu sendiri untuk menerima pengaruh Korea.

Katanya, meminati itu tidak salah tetapi jangan terlalu taksub sehingga lupa jati diri sebagai rakyat Malaysia.

Sebagai peminat muzik Korea, Najwan sendiri cenderung mengenakan fesyen dari negara itu.

“Saya seorang peminat Korea, secara tidak langsung minat itu mempengaru­hi saya dalam berfesyen,” katanya.

Pendapat sebaliknya bagi Ramsyahzwa­n Laram, 23, yang melihat Korea membawa pengaruh yang tidak baik dan negatif kepada golongan remaja.

Ramsyahzwa­n berkata, budaya Korea sangat bertentang­an dengan ajaran Islam serta nilai ketimuran yang diamalkan di negara ini.

Menurutnya, tarian KPop yang seksi dan berunsur lucah boleh membawa kepada masalah sosial jika tidak dibendung.

Selain itu katanya, fesyen Korea yang banyak mendedahka­n aurat membawa pengaruh yang kurang baik kepada remaja Islam.

“Tarian Korea sememangny­a jauh daripada budaya Malaysia serta ia menggalakk­an remaja tanpa segan silu menampilka­n gaya tarian yang seksi,” katanya.

Pengaruh Korea yang merangkumi banyak aspek kehidupan mempunyai kebaikan dan keburukan.

Bagaimanap­un, sebagai masyarakat yang memiliki identiti budaya sendiri, sebaiknya mengekalka­n amalan budaya berkenaan sebelum dipengaruh­i budaya luar.

Secara jelasnya, budaya luar yang membawa kesan baik tidak salah untuk dicontohi dan ikutan yang banyak membawa kesan buruk pula sebaiknya dijauhi.

Ia sekaligus membentuk generasi muda yang mengagumi dan mengamalka­n budaya sendiri berbanding budaya luar.

 ?? -Gambar Hiasan ?? Produk Perniagaan
Perkembang­an Hallyu semakin meningkat setiap hari dan ia NAJWAN yang gemar mengenakan fesyen Korea. SEBAHAGIAN koleksi kumpulan K-Pop EXO yang dimiliki Nozi.
-Gambar Hiasan Produk Perniagaan Perkembang­an Hallyu semakin meningkat setiap hari dan ia NAJWAN yang gemar mengenakan fesyen Korea. SEBAHAGIAN koleksi kumpulan K-Pop EXO yang dimiliki Nozi.
 ??  ?? PEMINAT Korea begitu teruja menunggu kehadiran artis kegemaran mereka.
PEMINAT Korea begitu teruja menunggu kehadiran artis kegemaran mereka.
 ?? -Gambar hiasan ?? KONSERT artis Korea yang menampilka­n kumpulanku­mpulan K-Pop terkenal seperti Big Bang.
-Gambar hiasan KONSERT artis Korea yang menampilka­n kumpulanku­mpulan K-Pop terkenal seperti Big Bang.
 ?? -Gambar hiasan ?? DRAMA Winter Sonata yang mencetuska­n fenomena Hallyu di negara ini.
-Gambar hiasan DRAMA Winter Sonata yang mencetuska­n fenomena Hallyu di negara ini.
 ??  ?? NAETAKY
NAETAKY
 ??  ?? KRISTEN
KRISTEN
 ??  ?? INTAN
INTAN
 ??  ?? RAMSHAZWAN
RAMSHAZWAN
 ??  ?? ATHIRA
ATHIRA
 ??  ?? ASHMAHIRA
ASHMAHIRA
 ??  ?? PRODUK Korea yang dijual di kedai Koida.
PRODUK Korea yang dijual di kedai Koida.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia