Utusan Borneo (Sabah)

Pupuk nilai murni pelbagai kaum

Sambutan hari raya di OUM Tawau sederhana tapi meriah

-

TAWAU: Suasana sambutan Hari Raya peringkat Universiti Terbuka Tawau (OUM) disambut secara sederhana tetapi meriah dengan pelbagai juadah makanan serta minum yang disajikan kepada hampir 400 orang terdiri pelajar, kakitangan, fasilitato­r universiti dan ketua jabatan yang hadir.

Sambutan yang diadakan setiap bulan Syawal itu memperliha­tkan hubungan yang semakin kukuh dan intim oleh warga universiti pelbagai bangsa dan agama selaras dengan nilai-nilai budaya serta perpaduan kaum di negara ini.

Penyelaras program sambutan, Gazali Sulaiman ketika ditemui berkata majlis itu telah memperliha­tkan satu dimensi yang amat membanggak­an khususnya dalam kalangan warga OUM dengan masyarakat setempat.

“Ini adalah matlamat kami agar program seumpama ini akan diteruskan dari masa ke semasa meskipun pada masa yang sama, para pelajar menghadiri kuliah.

“Para pelajar, kakitangan, fasilitato­r serta jemputan memeriahka­n majlis yang mana kita mengamalka­n konsep santai serta menjamu makan dan minum meskipun dalam keadaan sederhana tetapi meriah,” katanya.

Sementara itu, Pengarah OUM Tawau Vera Voo Mui Yin melahirkan rasa bangga dengan sambutan seperti itu yang disifatkan­nya sebagai tanda keharmonia­n dalam kalangan masyarakat pelbagai agama serta bangsa.

Katanya ia adalah amalan kunjung mengunjung yang diterapkan dalam budaya di negara kita sekaligus terus memperkuku­hkan hubungan antara satu sama lain.

Menurutnya beberapa ketua jabatan yang terdapat di daerah ini turut dijemput untuk memeriahka­n majlis itu seperti Pengarah Kolej Komuniti Tawau Abd Rasid Saad, Majlis Perbandara­n Tawau, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kesihatan serta ketua-ketua jabatan lain.

Ia sebagai tanda penghargaa­n atas sokongan kewuju- dan OUM Tawau khususnya dalam menyediaka­n sektor pendidikan tinggi dalam kalangan masyarakat di daerah ini.

“Seramai 800 pelajar di daerah Tawau mengambil pelbagai jenis kursus dari ijazah pertama, ijazah dan Doktor Pendidikan yang ditawarkan di OUM Tawau.

“Ini menunjukka­n masyarakat yang sedang bekerja dan sambil belajar di daerah Tawau amat mementingk­an usaha untuk

memperting­katkan pendidikan, sekaligus profesiona­lisme dalam bidang pekerjaan,” katanya.

Sementara itu, wakil Pegawai Pendidikan Daerah Tawau, Rozalinah Mohd Said berkata program seumpama itu amat bermakna serta mengeratka­n silaturrah­im antara pihak OUM Tawau dan masyarakat di Daerah Tawau khususnya dengan pihak Pejabat Pendidikan Daerah Tawau.

“Ini menunjukka­n bahawa pihak OUM Tawau boleh memberi kerjasama khususnya yang berkaitan dengan pendidikan dari masa ke semasa,” jelasnya.

Dalam majlis itu, Jeffry Onn yang telah berkhidmat lebih 10 tahun di OUM Tawau telah dinaikkan pangkat sebagai pengarah OUM Lahad Datu.

Beliau berkata, pelantikan­nya merupakan satu kepercayaa­n yang telah diberikan oleh OUM Pusat dalam menerajui kecemerlan­gan pendidikan di Daerah Lahad Datu.

OUM Lahad Datu telah memulakan operasi pengajiann­ya pada 15 Julai 2017 dengan seramai 300 pelajar.

Ini adalah matlamat kami agar program seumpama ini akan diteruskan dari masa ke semasa meskipun pada masa yang sama, para pelajar kuliah.” menghadiri GAZALI SULAIMAN Penyelaras program

 ??  ?? MAJLIS dimulakan dengan ucapan Vera.
MAJLIS dimulakan dengan ucapan Vera.
 ??  ?? BARISAN jawatankua­sa sambutan Hari Raya OUM Tawau bersama Gazali (dua dari kiri).
BARISAN jawatankua­sa sambutan Hari Raya OUM Tawau bersama Gazali (dua dari kiri).
 ??  ?? JEFRY (dua dari kiri) menerima penghargaa­n daripada Vera (tiga dari kiri).
JEFRY (dua dari kiri) menerima penghargaa­n daripada Vera (tiga dari kiri).
 ??  ?? DARI kiri: Eksekutif OUM Lahad Datu Kamariah Ismail, Jeffry, Vera, Abd Rasid dan Rozalinah.
DARI kiri: Eksekutif OUM Lahad Datu Kamariah Ismail, Jeffry, Vera, Abd Rasid dan Rozalinah.
 ??  ?? ROZALINAH
ROZALINAH
 ??  ?? VERA
VERA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia