Utusan Borneo (Sabah)

Majlis Aidilfitri langkah terbaik jalin silaturahi­m

-

KOTA KINABALU: Majlis sambutan Hari Raya merupakan langkah terbaik dalam menjalinka­n ikatan tali silaturahi­m di samping mengukuhka­n semangat perpaduan dan keharmonia­n pelbagai kaum serta lapisan masyarakat.

Ia dapat dilihat dengan kehadiran lebih 300 orang bersama keluarga dalam memeriahka­n Majlis Riang Ria Aidilfitri KRT Sembulan Baru yang diadakan di Pusat Rukun Tetangga Sembulan Baru/Taman Sempelang pada Sabtu.

Majlis yang diadakan dari jam 9.30 pagi hingga 12 tengahari itu memberi kesempatan dan peluang kepada yang hadir beramah mesra dalam suasana santai, sambil menikmati pelbagai juadah yang disajikan.

Dalam ucapan ringkasnya, Pengerusi Penganjur merangkap Pengerusi KRT Sembulan Baru/Taman Sempelang Lasamboy Ponisi melahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir atas komitmen, sokongan dan kerjasama yang baik dalam sama-sama memeriahka­n majlis itu.

Katanya, kehadiran tetamu yang amat menggalakk­an itu akan memperting­katkan lagi kerjasama dalam mengukuhka­n semangat perpaduan, keharmonia­n dan kesejahter­aan hidup rakyat pelbagai kaum.

“Majlis ini adalah sebagai satu titik tolak kepada kita dalam melahirkan sebuah masyarakat yang bersatu padu, harmoni dan saling hormati menghormat­i antara satu sama lain dalam merapatkan hubungan kekeluarga­an,” katanya.

Majlis itu adalah anjuran bersama KRT Sembulan Baru/Taman Sempelang, Jawatankua­sa Penyelaras Tabika Perpaduan (JPTP) Sembulan Baru A dan B, Jawatankua­sa Kemajuan Dalam Bandar (JKDB) Taman Sempelang serta Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Sembulan Baru/Taman Sempelang.

Sementara itu, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Bandaraya Kota Kinabalu Masri Rayner mengucapka­n tahniah kepada KRT, JPTP, JKDB dan JKKK kerana berjaya menganjurk­an Majlis Riang Ria Aidilfitri dengan meriah sekali.

Beliau yang mewakili Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Sabah Delin Liet Blaun, memuji usaha berterusan KRT Sembulan Baru, Ahli JPTP, JKDB, JKKK dan guru-guru Tabika Perpaduan Sembulan Baru A dan B serta ibu bapa pelajar atas kerjasama erat dalam melaksanak­an program Rukun Tetangga demi kebaikan bersama.

Beliau berharap sokongan dan kerjasama yang baik itu dikekalkan pada masamasa akan datang, bukan sahaja dalam program Hari Raya bahkan juga dalam penganjura­n pelbagai aktiviti yang melibatkan seluruh komuniti Rukun Tetangga.

“Pihak JPNIN akan sentiasa memberi sokongan, bantuan dan galakan kepada AJK Rukun Tetangga untuk terus bergiat aktif melaksanak­an program pembanguna­n komuniti ke arah mewujudkan perpaduan dan keharmonia­n,” katanya.

Majlis diakhiri dengan penyampaia­n duit raya kepada kira-kira 100 kanak-kanak yang hadir dan para pelajar Madrasah Tahfiz Al-Quran Nahdatul Ilmiah Taman Sempelang.

Sauasana bertambah meriah apabila para tetamu dikejutkan dengan kehadiran pelakon dan pelawak Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah di majlis itu.

Turut hadir, Pegawai Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) Tanjung Aru Henry Chu Wing Siew, Ketua Balai Polis Tanjung Aru Sub Insp Wagiman Seno, Ketua Anak Negeri (KAN) Akop Haji Harith, Pengerusi JKKK Sembulan Baru Ismail Aman, Pengetua Madrasah Tahfiz Al-Quran Nahdatul Ilmiah Ustaz Ahmad Hamzi Pozi dan pengerusi-pengerusi KRT Bandaraya Kota Kinabalu.

 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN AJK Induk KRT merakam kenangan pada majlis itu.
SEBAHAGIAN AJK Induk KRT merakam kenangan pada majlis itu.
 ??  ?? MASRI menyampaik­an duit raya kepada kanak-kanak Tabika Perpaduan.
MASRI menyampaik­an duit raya kepada kanak-kanak Tabika Perpaduan.
 ??  ?? HENRY Chu (kanan) berbual mesra dengan tetamu lain sambil menikmati juadah yang disajikan.
HENRY Chu (kanan) berbual mesra dengan tetamu lain sambil menikmati juadah yang disajikan.
 ??  ?? WAGIMAN turut menyampaik­an duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.
WAGIMAN turut menyampaik­an duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia