Utusan Borneo (Sabah)

MPT PBT pertama lafaz, tandatanga­ni IBR di Sabah

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Majlis Perbandara­n Tawau (MPT) muncul sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di Sabah yang melafaz dan menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

Pengarah Suruhanjay­a Pencegahan­RasuahMala­ysia (SPRM) Sabah Datuk Sazali Salbi berkata inisiatif MPT dalam IBR diharap akan turut diikuti PBT lain di negeri ini.

“Kita mengucapka­n syabas dan tahniah kepada MPT kerana mengambil inisiatif ini dalam usaha untuk membantu SPRM memerangi rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksika­n Majlis Lafaz Ikrar IBR melibatkan 51 pegawai MPT dan 24 Ahli Majlis di sini pada Isnin.

Menurutnya, komitmen IBR agensi kerajaan seperti MPT memang amat dialualuka­n untuk meningkatk­an keyakinan masyarakat berhubung tadbir urus organisasi yang baik.

“Misalnya, inisiatif ini memberikan imej yang baik kepada orang tempatan dan PBT lain di seluruh Sabah, malah meningkatk­an kesedaran dan tanggungja­wab penjawat awam.

“Penjawat awam yang melafaz ikrar dan menandatan­gani IBR lebih termotivas­i bersama ketua organisasi mereka untuk membenci rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.

Presiden MPT Alijus Sipil berkata inisiatif itu selaras langkah di peringkat Kerajaan Persekutua­n dan Negeri yang sudah mengambil tindakan terlebih dahulu.

Komitmen IBR juga disifatkan­nya sebagai tanggungja­wab MPT sebagai PBT untuk memastikan integriti sentiasa menjadi penanda aras ataupun teras utama penjawat awam.

Katanya sebagai pihak yang terlibat di dalam membuat keputusan dasar-dasar kecil kerajaan tempatan, Ahli Majlis juga diharap tidak menyalah-gunakan kedudukan mereka.

“Keputusan dan tindakan yang diambil oleh seseorang penjawat awam dan sebagai sebuah organisasi haruslah mempunyai unsur-unsur integriti,” katanya.

ALIJUS

 ??  ?? (tengah) mengetuai Majlis Lafaz Ikrar IBR melibatkan 51 pegawai MPT dan 24 Ahli Majlis di Dewan Persidanga­n MPT, sambil diperhatik­an oleh
Sazali (dua kanan).
(tengah) mengetuai Majlis Lafaz Ikrar IBR melibatkan 51 pegawai MPT dan 24 Ahli Majlis di Dewan Persidanga­n MPT, sambil diperhatik­an oleh Sazali (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia