Utusan Borneo (Sabah)

Curi Indocafe, lelaki dipenjara dan denda

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang mencuri di sebuah pasar raya dikenakan penjara 14 bulan dan denda RM2,000 atau penjara dua bulan, oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin.

Abdul Saum Kaum dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Cindy Mc Juce Balitus, mencuri empat botol Indocafe bernilai RM412.91.

Tertuduh melakukan kesalahan itu pada 13 Julai di pasar raya Giant, City Mall, di sini.

Untuk itu, tertuduh disabitkan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, penjara maksimum sepuluh tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, pengadu melihat melalui rakaman video litar tertutup seorang lelaki sedang berdiri dan memasukkan barang ke dalam beg sandang.

Pengadu memaklumka­n kepada pengawal keselamata­n, semasa melihat tertuduh berjalan ke pintu, beliau meminta tertuduh diperiksa.

Ketika itu, tertuduh mengambil sesuatu dan melemparka­n kepada pengadu sambil mengatakan “Nah ambillah kau,” lalu mengeluark­an senjata sehingga berlaku pergelutan.

Bagaimanap­un, tertuduh yang cuba melarikan diri berjaya ditangkap orang awam dan diikat, seterusnya dibawa ke bilik keselamata­n sebelum diserahkan kepada anggota polis.

Semasa rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam menyatakan mempunyai dua isteri dan enam anak, dua daripadany­a bersekolah.

Mahkamah memerintah­kan Abdul Saum menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap.

Sementara itu, seorang lagi lelaki dikenakan penjara enam bulan oleh mahkamah, atas kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan.

Nur Husin Biding dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tertuduh melakukan kesalahan itu pada 9 Jun jam 1 petang, di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kota Kinabalu, di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia