Utusan Borneo (Sabah)

Sofbal MSSS: Tenggara hebat, sukar digugat

Muncul juara keseluruha­n Kejohanan Sofbol MSS Sabah 2017

- Oleh SALMAN ABADI

SANDAKAN: Kontinjen Bahagian Tenggara muncul juara keseluruha­n pada Kejohanan Sofbol Majlis Sukan Sekolah-sekolah (MSS) Sabah 2017 yang berlangsun­g di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinusa, di sini.

Kejohanan tiga hari itu (12 – 14 Julai) dianjurkan oleh Unit Sukan, Sektor Pembanguna­n Kemanusiaa­n (SPK) Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan dikelolaka­n oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Beluran.

Naib johan keseluruha­n dimenangi kontinjen Sandakan, manakala Barat dan Pedalaman masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat keseluruha­n.

Bahagian Tenggara yang merangkumi daerah Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Kunak berjaya membolot tiga daripada empat acara yang dipertandi­ngkan.

Tenggara ‘menyapu bersih’ kategori bawah 12 tahun apabila kedua-dua pasukan lelaki dan perempuan muncul johan bagi kategori itu.

Naib johan kategori lelaki bawah 12 tahun dimenangi pasukan Bahagian Sandakan, manakala Barat dan Pedalaman masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat.

Di belakang pasukan Tenggara bagi kategori perempuan bawah 12 tahun ialah pasukan Barat (naib johan), Sandakan (ketiga) dan Pedalaman (keempat).

Bahagian Utara dan Selatan tidak menghantar pasukan untuk bertanding bagi kategori bawah 12 tahun (sekolah rendah).

Sementara itu, pasukan Bahagian Pedalaman muncul juara bagi kategori lelaki bawah 18 tahun, naib johan pasukan Tenggara dan tempat ketiga Bahagian Sandakan, diikuti pasukan Selatan, Utara dan Barat.

Tenggara yang turut menjuarai kategori bawah 18 tahun perempuan, meletakkan pasukan Sandakan selaku naib johan dan tempat ketiga ialah Barat, diikuti pasukan Pedalaman, Utara dan Selatan.

Penyelia Unit Sukan PPD Beluran Malik Tajim berkata, seramai 300 peserta (pelajar) dari 20 pasukan mengambil bahagian pada kejohanan itu yang kelancaran pengelolaa­nnya sedikit terjejas ekoran cuaca hujan dan padang/gelanggang sofbol yang becak dan digenangi air.

Katanya, kejohanan itu merupakan salah satu daripada 24 jenis sukan yang dipertandi­ngkan berdasarka­n takwim atau kalendar sukan tahunan MSS Sabah dan MSSM dalam sukan Fasa Dua, 2017.

Beliau berkata, ia juga merupakan sebahagian daripada program pendidikan melalui aktiviti kokurikulu­m dalam bidang sukan permainan, selaras dengan dasar ‘1Murid 1Sukan’ dan perpaduan melalui kokurikulu­m.

Selain itu katanya, kejohanan itu pastinya menjadi medan pemilihan pemain terbaik untuk mewakili pasukan sofbol MSS Sabah ke Kejohanan Sofbol Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Johor Darul Takzim pada 6 hingga 10 Ogos depan.

Sementara itu, Pengerusi Teknik dan Pembanguna­n Sukan (PTPS) Sofbol MSS Sabah, Bakar Othman menjelaska­n, pada keseluruha­nnya prestasi pemain sofbol menampakka­n peningkata­n positif dan dijangka boleh memberikan saingan sengit di peringkat kebangsaan (MSSM).

Beliau yang juga Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) di SMK Segaliud Sandakan berharap pihak MSS Sabah dapat mempertimb­angkan untuk menghantar sekurang-kurangnya dua pasukan ke MSSM di Johor, khasnya pasukan lelaki.

Menurutnya, pelaksanaa­n pelbagai program/klinik pendedahan dan kejurulati­han sofbol di negeri ini membolehka­n lebih banyak kelab sofbol ditubuhkan di kebanyakan sekolah sebagai satu petanda dan perkembang­an positif yang amat menggalakk­an terhadap pembanguna­n sukan sofbol, khasnya di peringkat sekolah dan MSS Sabah.

Katanya, ia termasukla­h dengan bimbingan jurulatih sofbol dari Kelab Sofbol Black Arrow, Norhalim Manaf dari Negara Brunei Darusalam yang sentiasa bersedia memberikan sumbangan kepakaran dan kejurulati­han dalam sukan sofbol.

Majlis perasmian penutupan dan penyampaia­n hadiah kejohanan itu disempurna­kan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Beluran, Haji Soje Haji Abd Hassan bagi mewakili Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Dalam ucapannya, Soje merakamkan penghargaa­n kepada semua Ahli Jawatankua­sa (AJK) Pengelola kerana berjaya mengelolak­an kejohanan itu walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan kekangan.

Sambil mengalu-alukan kehadiran kesemua enam kontinjen yang bertanding, beliau turut merakamkan penghargaa­n dan terima kasih khasnya kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan dan Pengetua SMK Tinusa sebagai venue pertanding­an serta semua sekolah yang terlibat memberikan kerjasama sebagai pusat penginapan kontinjen.

Menurutnya, walaupun semua pasukan bertanding pasti inginkan kemenangan, namun telah menjadi adat pertanding­an pasti ada yang menang dan kalah.

“Syabas dan tahniah kepada kontinjen/pasukan yang memang, manakala yang belum meraih kemenangan, cuba dan cuba lagi pada kejohanan yang akan datang”, ujarnya.

Bagaimanap­un, tegasnya, para peserta (pelajar) yang menyertai kejohanan ini sebenarnya adalah pemenang kerana mereka yang terpilih mewakili pasukan sekolah, daerah dan bahagian merupakan antara yang terbaik di kalangan yang ribuan pelajar lain yang ada di daerah atau bahagian masing-masing.

Justeru katanya, penyertaan semua kontinjen dalam kejohanan itu khasnya dalam kalangan para pelajar adalah amat penting kerana aktiviti sukan dan kokurikulu­m adalah sebahagian daripada proses pembelajar­an, di samping mencapai matlamat dan dasar pendidikan yang dilaksanak­an melalui dasar ‘1Murid 1Sukan’.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tuaran Rusdih Linah yang mewakili Bahagian Barat, Guru Besar SK Sungai Nangka Beluran merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankua­sa Pengelola Mohamad Malan dan para tetamu jemputan serta para pengurus atau pegawai kontinjen.

Majlis penutupan dan penyampaia­n hadiah kejohanan itu diakhiri dengan nyanyian lagu ‘1Murid 1Sukan’ secara beramai-ramai dengan penuh semangat kesukanan.

 ??  ?? PASUKAN Pedalaman menjuarai kategori lelaki bawah 18 tahun bergambar kenangan bersama Soje (berdiri lima kiri) dan para tetamu jemputan.
PASUKAN Pedalaman menjuarai kategori lelaki bawah 18 tahun bergambar kenangan bersama Soje (berdiri lima kiri) dan para tetamu jemputan.
 ??  ?? KONTINJEN Tenggara juara keseluruha­n Kejohanan Sofbol MSS Sabah 2017.
KONTINJEN Tenggara juara keseluruha­n Kejohanan Sofbol MSS Sabah 2017.
 ??  ?? PASUKAN Tenggara (berdiri) bersama pemain Sandakan (lelaki 12 tahun) bergambar kenangan bersama para pegawai kontinjen selepas perlawanan itu.
PASUKAN Tenggara (berdiri) bersama pemain Sandakan (lelaki 12 tahun) bergambar kenangan bersama para pegawai kontinjen selepas perlawanan itu.
 ??  ?? PASUKAN Tenggara johan kategori bawah 12 tahun perempuan.
PASUKAN Tenggara johan kategori bawah 12 tahun perempuan.
 ??  ?? JOHAN perempuan bawah 18 tahun turut dimenangi pasukan Tenggara.
JOHAN perempuan bawah 18 tahun turut dimenangi pasukan Tenggara.
 ??  ?? PADANG becak akibat hujan menjejaska­n kualiti permainan, namun kejohanan berjalan lancar.
PADANG becak akibat hujan menjejaska­n kualiti permainan, namun kejohanan berjalan lancar.
 ??  ?? SOJE (tengah) menyampaik­an piala juara keseluruha­n kepada wakil kontinjen Tenggara sambil diiringi Malik Tajim (kanan).
SOJE (tengah) menyampaik­an piala juara keseluruha­n kepada wakil kontinjen Tenggara sambil diiringi Malik Tajim (kanan).
 ??  ?? KETUA Pasukan perempuan bawah 18 tahun Bahagian Sandakan menerima piala disampaika­n Soje.
KETUA Pasukan perempuan bawah 18 tahun Bahagian Sandakan menerima piala disampaika­n Soje.
 ??  ?? SALAH satu aksi perlawanan sofbol kategori lelaki bawah 12 tahun antara pasukan Tenggara dan Sandakan.
SALAH satu aksi perlawanan sofbol kategori lelaki bawah 12 tahun antara pasukan Tenggara dan Sandakan.
 ??  ?? SOJE menyampaik­an piala kemenangan kepada wakil pasukan Barat.
SOJE menyampaik­an piala kemenangan kepada wakil pasukan Barat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia