Utusan Borneo (Sabah)

Pupuk perpaduan, keharmonia­n kaum

5,000 warga Labuan meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Kementeria­n Wilayah Persekutua­n

-

K IRA-kira 5,000 rakyat pelbagai lapisan masyarakat membanjiri Dewan Arena, Kampung Bukit Kuda untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementeria­n Wilayah Persekutua­n peringkat Labuan pada Ahad.

Majlis yang bermula jam 12 tengahari itu dimeriahka­n dengan kehadiran Timbalan Menteri Wilayah Persekutua­n Senator Dato’ Dr Loga Bala Mohan yang mewakili Menterinya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor.

Turut hadir Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli dan Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Azhar Ahmad, mantan Ahli Dewan Negara Senator Datuk Yunus Kurus, Setiausaha Politik Menteri Wilayah Datuk Mohd Rafi Alli Hassan, Pengerusi Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) Dato’ Sri Mohd Alias Abd Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Asian Supply Base (ASB) Dato’ Harris Anuar Tan.

Pada majlis itu, Loga menyampaik­an cenderamat­a kepada rakan acara yang menjayakan majlis itu dengan menaja pelbagai jenis makanan dan minuman.

Beliau bersama Rozman turut menyampaik­an duit raya kepada kanak-kanak yang hadir sekaligus menceriaka­n golongan itu.

Loga dan Rozman yang juga pengerusi Perbadanan Labuan beramah mesra dengan rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.

Kehadiran pelancong asing turut memeriahka­n majlis itu yang diserikan dengan persembaha­n nyanyian dan tarian yang diketuai Badan Budaya Perbadanan Labuan.

Sambutan pada tahun ini dianjurkan bersama Kementeria­n Wilayah Persekutua­n, Perbadanan Labuan dan Yayasan Wilayah Persekutua­n.

Loga berkata sambutan Aidilfitri adalah keunikan yang hanya ada di Malaysia dan tidak ada di negara lain.

Katanya, tradisi itu perlu diteruskan dan menjadi contoh kepada generasi baharu bahawa negara ini mempunyai cara tersendiri untuk memupuk perpaduan dankeharmo­nian antara

SENATOR DATO’ DR LOGA BALA MOHAN Timbalan Menteri Wilayah Persekutua­n

kaum. “Kementeria­n Wilayah Persekutua­n berharap amalan ini terus kekal di tengah modenisasi dan globalisas­i yang ada kalanya boleh menghakis jati diri serta sifat kemasyarak­atan,” katanya.

Beliau turut mengucapka­n terima kasih kepada rakan acara yang menaja juadah makanan menerus konsep NBOS sekaligus menjimatka­n kos penganjura­n program.

“Perkongsia­n dari segi bajet makanan dan minuman secara tidak langsung dapat mempelbaga­ikan juadah seterusnya berkongsi rezeki dengan rakyat jelata,” katanya.

“Kementeria­n

Wilayah Persekutua­n berharap amalan ini terus kekal di tengah modenisasi dan globalisas­i yang ada kalanya boleh menghakis jati diri serta sifat kemasyarak­atan.

 ??  ?? TETAMU kehormat bergambar kenangan berlatarbe­lakanganka­n warga Labuan yang menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementeria­n Wilayah Persekutua­n.
TETAMU kehormat bergambar kenangan berlatarbe­lakanganka­n warga Labuan yang menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementeria­n Wilayah Persekutua­n.
 ??  ?? MOHD Rafi (kiri) bersama Datuk Khalid Ghani, Rozman, Bashir, Harris dan Azhar.
MOHD Rafi (kiri) bersama Datuk Khalid Ghani, Rozman, Bashir, Harris dan Azhar.
 ??  ?? PEMIMPIN wanita bergambar bersama Timbalan Menteri Wilayah Persekutua­n.
PEMIMPIN wanita bergambar bersama Timbalan Menteri Wilayah Persekutua­n.
 ??  ?? LOGA (lima kiri) bersama pemimpin masyarakat.
LOGA (lima kiri) bersama pemimpin masyarakat.
 ??  ?? ROZMAN turut menyampaik­an duit raya kepada golongan kanak-kanak.
ROZMAN turut menyampaik­an duit raya kepada golongan kanak-kanak.
 ??  ?? PELANCONG asing turut menjayakan rumah terbuka Aidilfitri di Dewan Arena, Kampung Bukit Kuda, kelmarin.
PELANCONG asing turut menjayakan rumah terbuka Aidilfitri di Dewan Arena, Kampung Bukit Kuda, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia