Utusan Borneo (Sabah)

Clint Eastwood ambil wira sebenar untuk filemnya

-

CLINT Eastwood telah memilih tiga warga muda Amerika yang berjaya menghalang satu serangan pengganas dalam sebuah kereta api berkelajua­n tinggi untuk membawa watak mereka diri sendiri dalam filem ‘The 15:17 to Paris’, menurut media Amerika Syarikat (AS).

Anthony Sadler, anggota Pengawal Negara Oregon, Alek Skarlatos, dan askar Kelas Pertama Tentera Udara AS Spencer Stone, sedang menjelajah Eropah ketika mereka berjaya mengatasi seorang lelaki dengan senapang AK-47 dalam sebuah kereta api ke Paris yang membawa lebih 500 orang penumpang.

“Eastwood memulakan pencarian yang pelbagai bagi pelakon yang akan membawa watak tiga warga Amerika itu. Studio dan Eastwood membuat pilihan mereka tetapi pada saatsaat akhir memutuskan untuk memilih Sadler, Skarlatos dan Stone sebagai diri mereka sendiri,” lapor majalah Variety.

Filem itu menceritak­an tentang kehidupan rakanrakan tersebut, dari zaman kanak-kanak yang penuh cabaran sehingga mereka menemui tempat mereka hinggalah kepada siri peristiwa tidak dijangkaka­n yang menjurus kepada serangan yang berjaya dipatahkan.

Mereka bertindak dan menghalang Ayoub El Khazzani yang mempunyai senjata berat daripada melengkapk­an serangan ke atas kereta api berkenaan dari Brussels pada 21 Ogos 2015.

Sejak itu, ketiga-tiga lelaki itu disanjung sebagai wirawira di AS dan Perancis, di mana mereka dianugerah­kan pingat ‘Legion of Honor’, penghormat­an tertinggi negara.

Berlakon di sisi wirawira sebenar itu adalah Jenna Fischer (‘Hall Pass’, siri TV ‘The Office’) dan Judy Greer (‘War for the Planet of the Apes’) dan Ray Corasani, kata akhbar Hollywood Reporter.

Dua filem terakhir Eastwood – ‘Sully’ dan ‘American Sniper’ – juga mengenai keberanian dalam kehidupan sebenar, tetapi ini adalah kali pertama dia menggunaka­n orang dalam kehidupan sebenar untuk membawa watak-watak mereka sendiri.

Dia mengarah dari lakon layar oleh Dorothy Blyskal, berdasarka­n buku ‘The 15:17 to Paris: The True Story of a Terrorist, a Train, and Three American Heroes’ tulisan Sadler, Skarlatos, Stone dan Jeffrey E. Stern. Eastwood, 87 tahun, turut sama menerbitka­n filem keluaran Warner Bros. itu. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? WIRA SEBENAR: Gambar fail yang diambil pada 4 Jun 2016 ini menunjukka­n (dari kiri) Sadler, Skarlatos dan Stone menerimaAn­ugerahWira­daripada Eastwoodse­masa‘Guys Choice 2016’ anjuran Spike TV di Culver City, California.
WIRA SEBENAR: Gambar fail yang diambil pada 4 Jun 2016 ini menunjukka­n (dari kiri) Sadler, Skarlatos dan Stone menerimaAn­ugerahWira­daripada Eastwoodse­masa‘Guys Choice 2016’ anjuran Spike TV di Culver City, California.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia