Utusan Borneo (Sabah)

Pesta Damas masuk kalendar pelanconga­n

Untuk promosi budaya dan tarik pelancong ke Sabah

- Oleh HASSIM HAJI OTHMAN

KOTA KINABALU: Persatuan Bangsa Sungai Sabah (Sabas) dalam usaha untuk memasukkan Pesta Damas dalam kalendar pelanconga­n negeri Sabah.

Presiden Sabas Datuk Juhari Janan berkata pihaknya telah berhubung dengan Kementeria­n Pelanconga­n Malaysia dan Lembaga Pelanconga­n Sabah berhubung perkara itu.

Katanya, Pesta Damas kali ketiga akan dianjurkan pada bulan September di Kampung Sukau, Kinabatang­an, di mana pada tahun ini pihaknya akan menjemput Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi untuk merasmikan­nya.

Pada tahun ini, Pesta Damas akan dianjurkan selama tiga hari, pada 22, 23 dan 24 September di mana berbagai aktiviti akan dilaksanak­an antaranya, perahu berhias Damas yang akan dibuat di darat.

“Aktiviti lain antaranya mengalai, pertanding­an memasak masakan Orang Sungai, pertanding­an lagu etnik Sungai, tarian dan sukan rakyat yang punya kelainan akan dibawa dalam Pesta Damas kali ketiga ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediamanny­a di Putatan pada Ahad.

Juhari berkata turut diadakan ialah motor show dan pertanding­an bikers sejauh 2 kilometer bermula di simpang Sukau hingga ke Kg Sukau di mana ia dijangka akan disertai oleh penunggang dari dalam dan luar Kinabatang­an.

“Turut diadakan cabutan tiket bertuah yang menyediaka­n banyak hadiah menarik,” katanya.

Katanya, untuk memeriahka­n lagi sambutan, beberapa artis Malaysia dan tempatan selain artis Sabas sendiri akan ditonjolka­n.

Beliau mengharapk­an bukan saja Orang Sungai, malahan penganjura­n Pesta Damas pada tahun ini akan berjaya menggamit kehadiran orang luar terutama pelancong dalam dan luar negeri yang mahu melihat keunikan pesta itu.

“Aktiviti

lain antaranya mengalai, pertanding­an memasak masakan Orang Sungai, pertanding­an lagu etnik Sungai, tarian dan sukan rakyat yang punya kelainan akan dibawa dalam Pesta Damas kali ketiga ini. DATUK JUHARI JANAN Presiden Sabas

 ??  ??
 ??  ?? JUHARI bersama Timbalan Presiden 3 Sabas Hairuddin Shamsudin.
JUHARI bersama Timbalan Presiden 3 Sabas Hairuddin Shamsudin.
 ??  ?? BEKAS peserta Kapal Belia Asia Tenggara (Kabesa) antara tetamu yang hadir.
BEKAS peserta Kapal Belia Asia Tenggara (Kabesa) antara tetamu yang hadir.
 ??  ?? JUHARI bersama Datuk James Wong, Azman Mastar dan tetamu yang lain.
JUHARI bersama Datuk James Wong, Azman Mastar dan tetamu yang lain.
 ??  ?? JUHARI (tengah) bersama jawatankua­sa sambutan majis rumah terbuka.
JUHARI (tengah) bersama jawatankua­sa sambutan majis rumah terbuka.
 ??  ?? JUHARI ditemu ramah oleh pemberita di majlis tersebut.
JUHARI ditemu ramah oleh pemberita di majlis tersebut.
 ??  ?? DATIN Zahariah Bakia (dua kiri) bersama para tetamu.
DATIN Zahariah Bakia (dua kiri) bersama para tetamu.
 ??  ?? JUHARI melayan para tetamu.
JUHARI melayan para tetamu.
 ??  ?? JUHARI menyambut tetamu.
JUHARI menyambut tetamu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia