Utusan Borneo (Sabah)

Pasukan Wirajaya B muncul juara

Kejohanan Badminton Berpasukan (Jemputan) Piala Ketua Puteri Umno P.175 Papar

-

PAPAR: Wira Jaya B yang diketuai oleh Ag.Damit @ Buchu muncul juara Kejohanan Badminton Berpasukan (Jemputan) Piala Ketua Puteri Umno P.175 Papar setelah menewaskan WiraJaya A yang dipimpin oleh Miming Am dengan keputusan 2-1.

Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Pasukan Putera A dan Pasukan Wira Jaya C di tempat ke empat.

Bagi kategori Wanita dan VVIP, pasukan Seri BC dinobatkan juara setelah menewaskan Puteri C dengan keputusan 3-0, sambil Veteran Mix di tempat ketiga dan Knight Storm Club di tempat ke empat.

Anugerah ‘Pemain Terbaik’ bagi kategori lalaki dimenangi oleh Hj.Bahrin, manakala wanita Ivy dari Pasukan Knight Storm Club.

Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Papar, Fahzean Hj. Mohiddin dalam ucapannya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada pasukan yang menang serta kepada semua pemain dan ibubapa yang sama-sama menjayakan kejohanan yang julung-julung kali diadakan ini.

Beliau berharap aktiviti seumpama ini akan diteruskan pada masa akan datang yang secara tidak langsung sebagai platform dalam mewujudkan lagi suasana harmoni dan silaturahi­m di kalangan pemain serta masyarakat setempat.

Fahzean juga mengucapka­n ribuan terima kasih kepada semua penderma hamper, makan minum serta semua pihak samada secara langsung atau tidak langsung hingga kejohanan ini dapat berjalan dengan lancar dan jayanya.

Majlis penyampaia­n hadiah telah disempurna­kan oleh Fahzean bersama Timbalan Presiden Persatuan Badminton Sabah (SBA) Mohd Tamin Zainal yang juga merupakan Penasihat Kelab Wira Jaya dan Presiden Persatuan Badminton Daerah Papar.

 ??  ?? PERLAWANAN akhir (dari kanan) Abd.Wahid/Buchu, Bibo (pengadil SBA), menentang Hambran/ Ikram. Keputusan perlawanan Wahid/Buchu menang 21-15/ 21-13 sekaligus muncul juara.
PERLAWANAN akhir (dari kanan) Abd.Wahid/Buchu, Bibo (pengadil SBA), menentang Hambran/ Ikram. Keputusan perlawanan Wahid/Buchu menang 21-15/ 21-13 sekaligus muncul juara.
 ??  ?? FAHZEAN (dua kiri), Mohd Tamin (kiri), Sinin (dua kanan) bersama AJK penganjur.
FAHZEAN (dua kiri), Mohd Tamin (kiri), Sinin (dua kanan) bersama AJK penganjur.
 ??  ?? FAHZEAN menyampaik­an hadiah kepada pasukan Puteri C selaku naib juara.
FAHZEAN menyampaik­an hadiah kepada pasukan Puteri C selaku naib juara.
 ??  ?? PASUKAN Knight Storm Club diketuai oleh Carol (dua kiri) merakamkan gambar bersama Fahzean.
PASUKAN Knight Storm Club diketuai oleh Carol (dua kiri) merakamkan gambar bersama Fahzean.
 ??  ?? MIMING Am ketua pasukan Wirajaya A berpuas hati selaku naib juara sedang menerima hadiah dari Fahzean.
MIMING Am ketua pasukan Wirajaya A berpuas hati selaku naib juara sedang menerima hadiah dari Fahzean.
 ??  ?? MOHD Tamin menyampaik­an cenderahat­i kepada Fahzean sambil diperhatik­an oleh Sinin.
MOHD Tamin menyampaik­an cenderahat­i kepada Fahzean sambil diperhatik­an oleh Sinin.
 ??  ?? FAHZEAN menyampaik­an cenderahat­i kepada Ahmad Lasim, jurulatih dari Kelab Bongawan.
FAHZEAN menyampaik­an cenderahat­i kepada Ahmad Lasim, jurulatih dari Kelab Bongawan.
 ??  ?? PASUKAN Wira Jaya B menerima hadiah johan dari Fahzean.
PASUKAN Wira Jaya B menerima hadiah johan dari Fahzean.
 ??  ?? PASUKAN Seri BC menerima hadiah johan dari Fahzean.
PASUKAN Seri BC menerima hadiah johan dari Fahzean.
 ??  ?? PASUKAN Putera A menerima hadiah dari Fahzean.
PASUKAN Putera A menerima hadiah dari Fahzean.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia