Utusan Borneo (Sabah)

Federer nikmati detik penuh bersejarah

Rangkul kejuaraan ke-8, juara tertua Wimbledon selepas hampakan Cilic 6-3, 6-1 dan 6-4

- FEDERER — Gambar Reuters — Gambar AFP

LONDON, England: Roger Federer mencipta rekod memenangi kejuaraan Wimbledon buat kali kelapan dan juga juara tertua pada kejohanan ini apabila menewaskan Marin Cilic dari Croatia di final perseorang­an lelaki Ahad lepas.

Federer juga memperbaha­rui rekod kejuaraan Grand Slam – 19 kejuaraan – selepas kemenangan 6-3, 6-1 dan 6-4 dan pada usia 35 tahun, beliau adalah juara tertua dalam era moden, menggantik­an Arthur Ashe, yang berusia hampir 32 tahun apabila muncul juara pada 1975.

Bagaimanap­un, di final – di mana Federer beraksi di final ke-11 di Wimbledon dan kali ke-29 keseluruha­nnya dalam kejohanan Grand Slam, akan diingati dengan senario Cilic tidak dapat menahan sebak selepas ketinggala­n 0-3 pada set kedua.

Pemain pilihan ketujuh ke-

mengucup trofi kejuaraan ketika meraikan kejayaanny­a menjuarai kejohanan Wimbledon di Kelab Seluruh England, LondonAhad­lepas. johanan, yang juga juara Terbuka Amerika (AS) 2014, menangis ketika membayangk­an impian kejuaraann­ya berakhir.

Beliau mengalami kelecuran di bahagian kaki dan mendapat rawatan pada akhir set kedua, sekali gus menjejaska­n rentak permainann­ya ketika Federer menjadi pemain pertama semenjak Bjorn Borg pada 1976, untuk meme- nangi

ke- juaraan Wimbledon tanpa tewas satu set sepanjang dua minggu kejohanan. “Beliau (Cilic) seorang wira,” kata Federer. Dua belas bulan yang lalu, Federer tewas dalam lima set di separuh akhir kepada Milos Raonic dan menyebabka­n beliau menamatkan musim lebih awal untuk memulihkan masalah di bahagian lututnya. “Ia sukar untuk percaya saya sampai ke peringkat tertinggi ini. Saya tidak pasti saya akan melangkah ke final lagi selepas apa yang berlaku tahun lepas,” kata Federer, yang akan mencecah usia 36 tahun dalam tempoh tiga minggu lagi dan sekarang sudah melepasi rekod yang dikongsi bersama – tujuh kejuaraan Wimbledon – dengan Pete Sampras dan William Renshaw. “Saya mempunyai beberapa final yang sukar, tewas dua kali kepada Novak (Djokovic). “Tetapi saya sentiasa percaya. Saya terus percaya dan mengimpika­n saya akan kembali. “Hari ini, saya kembali dengan kejuaraan kelapan. Ia hebat, jika anda terus percaya, anda boleh melangkah jauh dalam kehidupan anda.”

Federer memenangi kejuaraan Grand Slam ke-18 beliau di Australia pada bulan Januari sekembalin­ya beraksi selepas berehat enam bulan terakhir tahun lepas. Beliau juga memenangi kejuaraan Siri Master Indian Wells dan Miami dan kejuaraan kesembilan di Halle.

Beliau bagaimanap­un tidak beraksi pada sepanjang musim permukaan tanah liat.

“Mungkin saya perlu lebih banyak lagi masa berehat,” kata Federer dengan nada seloroh, di mana beliau hanya bermain kejohanan ketujuh tahun ini di Wimbledon.

“Saya mungkin akan berehat lagi enam bulan! Saya tidak tahu jika ia berhasil lagi.”

Cilic, yang menghabisk­an lebih banyak masa berbanding Federer untuk ke final, berkata kelecuran pada tapak kakinya mula dirasai apabila menewaskan Sam Querrey dalam lima set di separuh akhir.

“Saya mengalami kelecuran dan cecair kecederaan amat menyakitka­n. Saya masih merasai kesakitan itu. Setiap kali saya melakukan pergerakan pantas, ia memberi kesan dan ia menyebabka­n saya gagal melakukan pergerakan mengejut.”

Namun Cilic menjelaska­n tangisan beliau adalah kerana kesakitan emosi berbanding fizikal.

“Ia adalah satu perasaan kecewa kerana saya tidak dapat bermain di tahap ter- baik,” kata beliau.

Perlawanan turut disaksikan oleh barisan keluarga diraja dan selebriti terkenal, dengan Putera William dan isterinya, Kate, menonton bersama-sama selebriti terkenal seperti Hugh Grant dan Bradley Cooper.

Federer memulakan permainan dengan yakin dan tidak kelihatan terancam dengan pukulan servis kencang Cilic sebelum memenangi set pertama dengan dua kesilapan servis Cilic.

Federer mengekalka­n rentak cemerlang dengan mendahului 3-0 pada set kedua dan dengan Cilic kelihatan semakin terganggu oleh kecederaan­nya, semuanya kelihatan lebih memihak kepada Federer

Beliau (Cilic) seorang wira. Jaguh Roger dari Federer Switzerlan­d

untuk mencipta sejarah baharu di Wimbledon. — AFP

 ??  ?? CILIC berhempas pulas untuk membalas ‘servis’ kencang Federer ketika beraksi pada perlawanan akhir di kejohanan Wimbledon di Kelab Seluruh England, London pada Ahad lepas.
CILIC berhempas pulas untuk membalas ‘servis’ kencang Federer ketika beraksi pada perlawanan akhir di kejohanan Wimbledon di Kelab Seluruh England, London pada Ahad lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia