Utusan Borneo (Sabah)

PTNSITF yakin raih pingat

-

KOTA KINABALU: Pasukan Taekwon-do ITF Negeri Sabah (PTNSITF) optimis untuk meraih pingat dalam Kejohanan Taekwon-do ITF Antara Sekolah-Sekolah Sarawak dan Jemputan Kebangsaan 2017 hujung minggu ini.

Kejohanany­angmenawar­kan 66 pingat emas itu akan berlangsun­g di Dewan Polycarp Sim, Sekolah Menengah St. Joseph, Kuching pada 21-23 Julai.

Jurulatih PTNSITF Rais Japar melalui kenyataan akhbar pada Isnin berkata, cabaran negeri ini ke kejohanan tiga hari itu akan digalas oleh muka lama dan baru.

“Penyertaan di kejohanan itu merupakan salah satu medan penting untuk merealisas­ikan perancanga­n jangka masa panjang PTNSITF, iaitu menyediaka­n pasukan mantap untuk menghadapa­i kejohanan senior peringkat kebangsaan,” jelas beliau.

Muka lama yang akan mewakili Sabah ialah Aeron Ibas Jr. a/k Parum, Aerynna Saffiya, Irdynna Saffiya, Muhammad Hijjaz , Nor Sumayyah (dari SK Kepayan), Muhammad Aiman Zafran Zulfauzy, Khairul Adli, Khairun Nadzmi, Khairul Zuhaili (dari SK Sri Gaya), Auni Fatini Zulfauzy (dari Al-Hadanah), Johndez Majidi, Magdalena Majidi (dari SK Surati), Adzriel Azman (dari SJK(C)HwaShiong),Adzreena Azman (SM Kian Kok), Mohammad Nur Huzairy Henep (dari SMK Putatan), Mohd Hashmiejan Hussuien dan Nor Azleen Khairina A Aziz (PTNSITF).

Muka-muka baharu pula terdiri dari Mohd Ruslan Noorjaya Chew Abdullah, Husni Fairos Ramli dan Ade Rizal Pahlevi Mohd. Zen. DESMOND QWEK

 ??  ?? PASUKAN Taekwon-do ITF Negeri Sabah (PTNSITF) siap sedia untuk menghadapi Kejohanan Taekwon-do ITF Antara Sekolah-Sekolah Sarawak dan Jemputan Kebangsaan 2017.
PASUKAN Taekwon-do ITF Negeri Sabah (PTNSITF) siap sedia untuk menghadapi Kejohanan Taekwon-do ITF Antara Sekolah-Sekolah Sarawak dan Jemputan Kebangsaan 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia