Utusan Borneo (Sabah)

PATUHI TEMPOH SEBULAN

Pengusaha bot pelanconga­n di Esszone wajib pasang AIS

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Semua pengusaha bot pelanconga­n yang beroperasi di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) perlu memasang sistem pengesanan automatik (AIS) pada bot masing-masing dalam tempoh sebulan.

Komander Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) DCP Dato’ Hazani Ghazali

(gambar) berkata langkah itu adalah sebahagian pendekatan untuk memperting­kat tahap keselamata­n pelancong yang menggunaka­n perkhidmat­an mereka.

Beliau berkata Esscom memberi tempoh sebulan bermula Selasa (18 Julai) kepada semua pengusaha bot pelancong dan resort untuk menyediaka­n kemudahan berkenaan.

“Pihak Esscom bersama agensi-agensi penguatkua­saan lain akan melaksanak­an penguatkua­saan dan pemeriksaa­n terhadap semua bot pengusaha pelanconga­n dan resort.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana syarikat atau penguasaha bot pelanconga­n yang didapati gagal mematuhi arahan pemasangan AIS ini selepas tempoh berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Hazani berkata Esscom sudah memberi tempoh secukupnya kepada semua penguasaha bot pelanconga­n dan peranginan untuk memasang peralatan berkenaan demi memastikan keselamata­n bot mereka ketika berada di laut.

“Dengan adanya AIS, semua agensi keselamata­n termasuk Esscom dapat memantau pergerakan dan tahap keselamata­n bot mereka ketika berada di perairan terutama di perairan yang dikategori­kan sebagai kawasan panas, yang terdedah kepada ancaman penjenayah rentas sempadan seperti rompakan dan penculikan.

“Pasukan keselamata­n akan dapat memantau, berhubung dan berkomunik­asi dengan semua krew bot pada setiap masa terutama ketika mereka berada di lokasi berisiko dan memerlukan pemantauan berkala daripada pasukan keselamata­n,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata Esscom sudah mengeluark­an satu garis panduan keselamata­n bot pelanconga­n yang lengkap sebagaiman­a diputuskan dalam Mesyuarat Koordinasi Jeti Pelanconga­n dan lain-lain aspek keselamata­n maritim bot-bot pelanconga­n di Semporna pada 24 Februari lalu.

“Esscom menyedia dan mengedarka­n garis panduan keselamata­n berkenaan sebagai rujukan dan panduan lengkap kepada semua pengusaha bot pelanconga­n yang beroperasi di Esszone,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia