Utusan Borneo (Sabah)

LPP Sabah sasar sebulan untuk selesai IBR

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Sabah sasar tempoh sebulan untuk semua anggota seluruh negeri menandatan­gani dokumen Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

Pengarah LPP Sabah Anita Misuari berkata, seramai 315 anggota LPP di negeri ini akan melafaz dan menandatan­gani IBR dalam tempoh berkenaan.

Katanya, program berkenaan mula dilaksanak­an di Ibu Pejabat LPP Kuala Lumpur pada Isnin.

Menurutnya, sesi menandatan­gani IBR dimulakan oleh pejabat LPP di sini dan di peringkat kawasan termasukla­h Penampang, Papar dan Inanam.

Beliau berkata, program yang sama akan diteruskan ke peringkat wilayah iaitu di Tawau, Sandakan dan kawasan pedalaman.

“Dengan bermulanya program ini, kita akan terus berusaha bagi memastikan amalan tidak sihat berkait rasuah dapat dihapuskan.

“Kita juga amat berharap pegawai dan pengurus LPP di setiap kawasan dan wilayah dapat bersama-sama memerangi jenayah rasuah serta salah guna kuasa,” katanya.

Anita berkata demikian kepada media selepas majlis Menandatan­gani IBR Bersama Anggota LPP di sini pada Selasa.

Selain itu jelasnya, IBR juga sebagai tanda sokongan LPP terhadap usaha Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani yang melancarka­n Kempen 3J ‘Jangan Hulur, Jangan Kawtim, Jangan Settle’.

“Kita di peringkat agensi bersama-sama menyokong usaha kementeria­n dalam membantera­s kegiatan rasuah.

“Menerusi Kempen 3J, kita mahu semua pihak memberikan kerjasama dan sokongan sama ada dari dalam atau pun luar termasukla­h pelanggan agar menyokong pelaksanaa­n kempen ini,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 130 anggota LPP menandatan­gani dokumen dan melafaz IBR.

Sementara itu, Pengarah Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah Datuk Sazali Salbi berkata, LPP Sabah adalah agensi yang ke-53 di negeri ini yang melaksanak­an IBR.

Pihaknya amat mengalualu­kan komitmen dan inisiatif yang ditunjukka­n oleh LPP negeri ini.

 ?? GambarBern­ama ?? SAZALI (dua kiri) bertukar dokumen dengan Anita (dua kanan) selepas menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah pada Majlis Menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah pada Selasa.
GambarBern­ama SAZALI (dua kiri) bertukar dokumen dengan Anita (dua kanan) selepas menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah pada Majlis Menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah pada Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia