Utusan Borneo (Sabah)

Tindakan kurang wajar rosakkan industri pelanconga­n: Masidi

- - Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Tindakan beberapa pemandu pelancong mengadakan demonstras­i di Lapangan Terbang Antarabang­sa di sini (LTAKK) boleh merosakkan industri pelanconga­n di Sabah.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata apa yang dilakukan oleh kumpulan terbabit pada Ahad tidak melambangk­an sikap masyarakat Sabah.

“Apa yang saya boleh katakan, tindakan berkenaan adalah salah dan ia secara tidak langsung boleh merosakkan industri pelanconga­n kita.

“Rakyat Sabah dikenali dengan sikap mesra, berbudaya dan harmoni. Jika timbul masalah seperti ini, pihak berkenaan boleh datang ke pejabat saya untuk berbincang.

“Saya tahu masalah ini wujud dan Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan (Motac) berusaha sebaik mungkin untuk menanganin­ya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Perjumpaan Ketua Menteri Bersama Warga Pendidikan dan Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Pendidikan Negeri Sabah di sini pada Selasa.

Masidi berkata, walaupun timbul masalah berhubung pemandu pelancong dari China, pemandu pelancong tempatan tidak sepatutnya betindak sedemikian.

Menurutnya, tindakan yang lebih wajar sepatutnya diambil untuk menyelesai­kan masalah yang timbul tanpa menjejaska­n budaya serta keharmonia­n yang menjadi identiti rakyat Sabah.

“Industri pelanconga­n kita sekarang berdepan persaingan yang sukar dari negara lain seperti Thailand, Filipina, Indonesia serta Vietnam.

“Justeru, kita tidak boleh melakukan kesilapan memandangk­an semua pihak yang berkaitan termasukla­h kementeria­n, Lembaga Pelanconga­n Sabah (STB), dan semua penggiat pelanconga­n di negeri ini bekerja keras untuk menarik pelancong China.

“Ini kerana, Sabah antara destinasi pelanconga­n yang menerima kedatangan pelancong China terbesar,” jelasnya.

Katanya, isu yang timbul bukan sahaja mengenai pengusaha pelanconga­n haram, tetapi turut melibatkan usaha semua pihak untuk membantu Motac bagi memastikan pemandu pelancong di Sabah tidak menjejaska­n kedatangan pelancong.

Dalam pada itu, pihaknya turut menyerahka­n kepada agensi pemandu pelancong terlibat untuk mengambil tindakan lanjut.

Beliau yakin syarikat terlibat mempunyai kebijaksan­aan untuk menyiasat dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya.

 ??  ?? MASIDI
MASIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia