Utusan Borneo (Sabah)

LHDNM Cawangan Sandakan laksana Operasi Patuh 2017

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Seramai 25 pegawai audit Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Cawangan Sandakan sedang melaksanak­an Operasi Patuh 2017 di sekitar daerah ini bermula Selasa hingga Jumaat (18-21 Julai).

Timbalan Pengarah LHDNM Cawangan Sandakan Chan Sou Lan berkata, sebanyak sembilan kes audit syarikat dan 35 peniaga milikan tunggal/perkongsia­n akan dilawati sepanjang operasi itu.

Selain itu, operasi berkenaan juga memfokuska­n kepada syarikat/ peniaga yang tidak menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dari 2013 hingga 2016 dan memiliki aset yang banyak.

Beliau berkata sasaran kutipan cukai bagi syarikat sebanyak RM233 juta manakala individu sebanyak RM160 juta dan lainlain cukai sebanyak RM30 juta daripada jumlah keseluruha­n sasaran kutipan cukai bagi cawangan Sandakan iaitu sebanyak RM423 juta untuk tahun ini.

Jelasnya, peningkata­n sebanyak 16.33 peratus kutipan cukai cawangan Sandakan berbanding tahun lepas sehingga Jun 2017 merupakan kesan positif hasil daripada operasi-operasi yang telah dijalankan sebelum ini.

Operasi itu merupakan salah satu aktiviti pematuhan cukai LHDNM yang bertujuan meningkatk­an tahap kesedaran dan kefahaman pembayar cukai dan memberi khidmat nasihat melalui penyerahan notis tinggakan Cukai Pendapatan (CP) secara kendiri.

Selain itu, operasi juga bertujuan meningkatk­an kutipan cukai melalui pemerkasaa­n tindakan lawatan audit.

 ??  ?? CHAN (depan, tengah) bersama pegawai audit yang melaksanak­an Operasi Patuh 2017.
CHAN (depan, tengah) bersama pegawai audit yang melaksanak­an Operasi Patuh 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia