Utusan Borneo (Sabah)

Majaps terus suarakan rayuan

-

KOTA KINABALU: Majlis Jaksa Jaksa Pendamai Sabah (Majaps) sekali lagi merayu kepada Kerajaan Persekutua­n di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mencadangk­an kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Tan Sri Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Mahkamah Persekutua­n Malaysia yang akan datang.

Presiden Majaps Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos Malakun berkata dengan berbuat demikian, Perdana Menteri bukan sahaja akan melakukan sesuatu yang betul dan tepat dari segi perlembaga­an tetapi juga akan menjadikan kedua-dua rakyat Sabah dan Sarawak sangat bangga dan gembira.

Katanya, pelanjutan tempoh Tan Sri Md Raus Sharif sebagai Ketua Hakim Mahkamah Persekutua­n untuk tiga tahun lagi akan membayangk­an bahawa Kerajaan Persekutua­n bertekad untuk menafikan peluang Richard menyandang jawatan kehakiman tertinggi di tanah air itu.

“Ia juga sesuatu yang akan membuat kritikan yang tidak perlu kepada kerajaan dan akan menyebabka­n masalah perlembaga­an. Mungkin terdapat juga kemungkina­n wujudnya pertikaian perlembaga­an terhadap perlantika­n YAA Tan Sri Dato ‘Seri Md Raus sebagai Ketua Hakim Mahkamah Persekutua­n, yang mana sebaiknya dielakkan untuk melindungi integriti kehakiman di Malaysia.

“Ini akan menjadi satu senario yang berbeza jika Tan Sri Malanjum tidak layak tetapi hakikatnya dia dikatakan lebih senior kerana beliau telah dilantik ke Mahkamah Persekutua­n lebih awal lagi daripada Tan Sri Mohd Raus sendiri,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Malakun berkata Richard bukan hanya Ketua Hakim Sabah dan Sarawak tetapi juga Hakim Mahkamah Persekutua­n yang paling kanan kerana beliau dilantik sejak 2006 manakala Md Raus hanya dilantik ke Mahkamah Persekutua­n pada tahun 2011. Richard dijadual bersara selepas mencapai usia 66 tahun dan 6 bulan sekitar April 2019.

 ??  ?? CLARENCE
CLARENCE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia