Utusan Borneo (Sabah)

Usaha Persatuan Alumni SK Lupak wajar dipuji

-

BEAUFORT: Usaha Persatuan Alumni Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Lupak mengumpul dana melalui jualan meja majlis makan malam dalam kalangan ahli mereka wajar dipuji.

Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Haji Kamarlin Haji Ombi berkata pendekatan itu perlu dijadikan budaya setiap alumni sekolah di negeri ini sebagai satu inisiatif murni mengumpul dana bagi mengisi tabung persatuan tanpa bergantung sepenuhnya kepada bantuan dari kerajaan.

“Apa yang menarik perhatian saya, selain jualan meja makan kepada ahli, sedikit dana yang dikutip digunakan untuk menyediaka­n juadah majlis melalui konsep goyong royong dalam kalangan ahli.

“Cara ini dapat mengeratka­n hubungan silaturahi­m dan kerjasama kalangan ahli alumni di samping dapat menjimatka­n kos,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majis Makan Amal 2017 dan sambutan Hari Raya Aidilfitri Persatuan Alumni SK Lupak di Dewan Masyarakat Kg Lupak.

Hadir sama, Pengerusi Alumni SK Lupak Jaini Bukari, Pengurus Besar Felda Wilayah Sabah Datuk Haji Juany Haji Salleh, bekas guru besar pertama SK Lupak yang kini berusia 79 tahun, Haji Sawain Abdul dan seorang lagi bekas guru besar di sekolah itu Suhailin Haji Abdul Rahman.

Dalam perkembang­an lain, Kamarlin yang juga Adun Lumadan berharap Persatuan Alumni SK Lupak dapat memainkan peranannya sebagai pemangkin kepada kemajuan pendidikan khususnya di sekolah itu.

Katanya, kejayaan yang dicapai oleh bekas pelajar di sekolah itu dalam pelbagai bidang dan kerjaya boleh dimanfaatk­an bagi membantu para pelajar sekolah dalam bidang kurikulum dan kokurikulu­m yang dianjurkan oleh alumni bersama pihak sekolah.

Untuk rekod, SK Lupak dibuka sebelum merdeka iaitu tahun 1962 dan telah melahirkan banyak tokoh yang berjaya dalam sektor awam, swasta, politik, pendidikan, agama dan ekonomi.

Dalam pada itu, Kamarlin turut kagum apabila program dilaksanak­an di peringkat sekolah itu mendapat kerjasama pelbagai pihak termasuk komuniti setempat.

“Hubungan baik dengan semua pihak akan memberikan impak positif kepada sekolah. Kerjasama antara pihak pengurusan, guru dan pelajar serta sokongan komuniti setempat membantu kejayaan sesebuah sekolah,” katanya.

Di majlis itu, Kamarlin turut menyampaik­an sumbangan dana sebanyak RM3,000 kepada Persatuan Alumni SK Lupak selain memberikan peruntukan sebanyak RM25,000 untuk membina surau sekolah tahun lepas yang kini telah pun digunakan oleh guru, pelajar dan komuniti setempat di kampung itu.

Beliau juga menyampaik­an anugerah kepada beberapa tokoh bekas pelajar dari sekolah itu yang mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang masing-masing.

 ??  ?? KAMARLIN menyampaik­an anugerah kepada salah seorang bekar pelajar sekolah Nadin Haji Salleh yang pernah menjawat timbalan pengarah DBP Sabah sebelum bersara.
KAMARLIN menyampaik­an anugerah kepada salah seorang bekar pelajar sekolah Nadin Haji Salleh yang pernah menjawat timbalan pengarah DBP Sabah sebelum bersara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia