Utusan Borneo (Sabah)

Warga asing kena 12 tahun, satu sebat

Ragut wanita dan rampas telefon pintar

- Oleh CLARICE USOP

“Melvin disabitkan kesalahan itu mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan, memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga tempoh 14 tahun atau denda, atau dengan sebat.

KOTAK INA BALU: Seorang lelaki warga asing yang meragut seorang wanita, dikenakan penjara 12 tahun dan satu sebat, oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa.

Hakim Noorhafiza­h Mohd Salim menjatuhka­n hukuman itu terhadap Melvin Omar, 30, selepas mengaku bersalah.

Tertuduh meragut Marlina Harris, 30, dan merampas sebuah telefon pintar, pada 9 Julai jam 10.30 malam, di kawasan dekat Bank Islam, di sini.

Melvin disabitkan kesalahan itu mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan, memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga tempoh 14 tahun atau denda, atau dengan sebat.

Hasil siasatan, ketika pengadu sedang berjalan seorang diri ke tempat kerja suaminya, beliau diragut seorang lelaki (tertuduh) yang berjalan kaki dari arah depan.

Tertuduh meragut telefon pintar yang dipegang pengadu, pengadu cuba mengambil telefon miliknya dengan cara menarik pakaian tertuduh, tetapi gagal.

Seorang lelaki yang memandu memperlaha­nkan kereta dan bertanyaka­n kepada pengadu apa yang sedang berlaku.

Setelah diceritaka­n pengadu, pemandu berkenaan mengejar tertuduh dengan menggunaka­n kenderaan dan berjaya menangkap tertuduh.

Tertuduh kemudianny­a ditahan oleh anggota polis yang melalui tempat berkenaan dan dibawa ke balai polis untuk tindakan selanjutny­a.

Ketika rayuan, Melvin yang tidak diwakili peguam memohon hukumannya diringanka­n.

Namun, Timbalan Pendakwara­ya Dinesh Raja meminta hukuman berat dikenakan dengan mengambil kira kekerapan kesalahan.

Beliau juga berkata bahawa mahkamah perlu melindungi kepentinga­n awam dan jenayah yang dilakukan amat serius.

Dalam pada itu, mahkamah memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman itu secara serentak atas kesalahan memasuki negara ini tanpa pas yang sah.

Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63, dikenakan penjara empat bulan dan satu sebat.

Setelah tamat tempoh hukuman, mahkamah memerintah­kan Melvin dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutny­a.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia