Utusan Borneo (Sabah)

Ugut cederakan isteri, lelaki kekal tidak mengaku salah

-

KOTA KINABALU: Mahkamah Majistret di sini, menetapkan tarikh perbicaraa­n pada 11 September sebagai tarikh perbicaraa­n terhadap seorang lelaki yang didakwa mengugut isterinya.

Majistret Jessica Ombou Kakayun membuat keputusan itu terhadap Chong Sui Fatt@Peter Chong, selepas mengekalka­n pengakuan tidak bersalah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh mengugut akan mencederak­an mangsa yang berusia 37 tahun sehingga menimbulka­n kegusaran, pada 5 Jun jam 2.30 pagi di Country Height Apartment, Penampang.

Sekiranya disabitkan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, penjara sehingga tempoh dua tahun atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya sekali.

Tertuduh mula didakwa pada 14 Jun dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM1,300 yang dicagarkan dua penjamin tempatan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Insp Albert Basirin, manakala Chong tidak diwakili peguam.

Sementara di George Town, seorang bekas pegawai khas anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP di negeri ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret pada Selasa, atas tuduhan mencabul seorang wanita pada 6 Julai lalu.

Tertuduh L.Prem Anand, 50, didakwa menggunaka­n kekerasan jenayah dengan maksud untuk mencabul kehormatan seorang wanita berumur 21 tahun di tempat letak kereta sebuah pusat hiburan di Lebuh Pantai di sini, kira-kira 11.30 malam, 6 Julai lalu.

Prem Anand yang merupakan bekas pegawai khas Adun Paya Terubong didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan, atau dua daripada mana-mana hukuman itu.

Majistret Catherine Nicholas membenarka­n tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Tertuduh diwakili peguam Audrey Wee, S.Rethina Kumar, dan E.Gnasegaran, manakala pendakwaan dikendalik­an Nurul Izzah Shahruddin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia